suria

Sharifah Shahora buang ketumbuhan pada ovari, pesan wanita jaga pemakanan - "Macam-macam doktor kikis buang walaupun perut nampak leper"

Sharifah Shahora pesan kepada wanita supaya tidak takut untuk menjalani pembedahan jika terdapat ketumbuhan pada perut.

SELEPAS mengalami sakit perut berpanjangan sejak April lalu, pelakon Sharifah Shahora akhirnya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian rahim dan ovari Minggu lalu.

Shahora atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 45, bagaimanapun berkata, dia kini sudah beransur pulih dan menjalani proses berpantang di rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahora 'Pasang Badan' Untuk Pikat Suami

"Hari Rabu 10 hari lepas saya menjalani pembedahan kerana ada masalah sakit di bahagian rahim dan ovari.

Perkongsian Shahora menjalani pembedahan pada April lalu di laman Instagramnya.

""Kisahnya pada akhir April, tiba-tiba saya sakit perut yang berpanjangan sampai buat kerja pun tak larat.

"Then, saya ke klinik Medina untuk pemeriksaan dan pakar bedah sakit puan, Dr Mashita Mansor nasihat untuk saya buat pembedahan segera," ujarnya.

"Keputusan terus dibuat jadi pada Rabu 9.30 pagi saya dibedah selama 4 jam 30 min (mesti macam-macam dalam perut doktor nak kikis buang walaupun perut nampak leper)," jelasnya.

Saya sempat pesan pada doktor kalau ada lemak tolong buang sekali ya

SHARIFAH SHAHORA

PELAKON

Sementara itu, Shahora turut mengingatkan kaum wanita supaya menjaga pemakanan dan jangan takut untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah itu.

Tambahnya, dia juga pernah mencuba rawatan tradisional namun tidak berkesan.

"Jangan takut kena bedah kalau ada yang menghadapi ketumbuhan dalam perut. Kalau kita biarkan dia akan bagi kesan bukan di perut tapi di pinggang, urat dan seluruh badan.

"Saya pernah mencuba rawatan tradisional dan sakit agak berkurangan tapi disebabkan tidak pantang makan, ia semakin membesar dan akhirnya kita kena juga melalui pembedahan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sharifah Shahora

Artikel Lain