suria

Tahniah! Zul Huzaimy, Syafinaz dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Aswara - “Saya akan jalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin”

Zul Huzaimy dan Syafinaz dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Aswara baharu bermula 1 Mei lalu.

DUA personaliti industri hiburan iaitu pelakon Zul Huzaimy dan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Menerusi kenyataan kepada media, Zul dan Syafinaz merupakan antara tiga pelantikan baharu termasuk Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tan Sri Norliza Rofli.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipanggil ‘Mat Rempit’, Zul Huzaimy terasa diperli

"Aswara dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan perlantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah Aswara baharu iaitu Tan Sri Norliza Rofli, Datuk Syafinaz Selamat dan Zul Huzaimy Marzuki. Perlantikan ini berkuatkuasa 1 Mei lalu. Tahniah diucapkan," katanya.

Sementara itu, Zul menerusi laman Instagram berjanji akan menjalankan amanah serta tanggungjawab itu sebaik-baiknya.



Zul Huzaimy berterima kasih atas kepercayaan diberi oleh Aswara.

"Alhamdulillah di atas kepercayaan yang telah diberikan. Terima kasih atas lantikan ini. Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Doakan yang terbaik buat saya," tulisnya pada Khamis.

Rata-rata pengikut termasuklah rakan artis turut berbangga dengan pencapaian itu dan mengucapkan tahniah di atas perlantikan tersebut.

Pada 2018, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aswara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Aswara, Zul Huzaimy, Syafinaz Selamat

Artikel Lain