suria

“Gaji mereka pun RM3,000 dipecahkan tiga kali bayar” - Diana Danielle simpati nasib anak seni terumbang-ambing, 'struggle' teruskan hidup

Diana Danielle menyedari ada penggiat seni yang berdepan kesempitan hidup kerana tiada pendapatan sepanjang PKP ini.

RINTIHAN dan luahan penggiat seni yang mahu memulakan penggambaran drama atau filem terus menarik perhatian ramai pihak yang menyatakan sokongan mengenai usul tersebut.

Ini termasuklah pelakon Datin Diana Danielle yang mengakui ramai pekerja dalam bidang ini berdepan kesempitan hidup kerana tidak memiliki pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bukan semua dalam industri ni artis saja... semua di belakang tabir juga anak seni. Minta fahami kenapa warga seni ini ada di antara kita yang memang struggle sungguh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan pinggirkan kami... sampai sekarang masih menyepi!” - Arash Mohd rayu untuk bekerja semula, janji patuh SOP

"Bukan mahu menagih simpati atau meminta lebih dari yang sepatutnya tapi saya juga kenal ramai kru yang memang freelancing (bergerak sendiri) atau jika sepenuh masa di bawah satu produksi pun jika tak ada kerja tak ada bayaran.

"Bayaran contohnya RM10,000 tapi dipecahkan kepada tiga kali bayaran selama tiga atau empat bulan, ada yang gaji mereka pun hanya RM3,000 dipecahkan kepada tiga kali bayar, berapa sangat untuk mereka nak survive kalau lama tak kerja kan?," katanya menerusi Instagram.



Diana tulis pandangannya di Instagram.

Sebelum ini, beberapa portal berita tempatan menyuarakan isi hati penggiat seni yang mahu meneruskan kerja bagi menyara keluarga.

Ramai dalam kalangan mereka berdepan kesempitan hidup apabila pendapatan terjejas kerana tidak boleh berkerja dan kebanyakan mereka tidak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan.

Sementara itu, isteri kepada aktor Datuk Farid Kamil ini berharap pihak berwajib termasuklah persatuan seni dapat mencari jalan terbaik demi kelangsungan hidup pekerja dalam bidang ini.



Bukan artis sahaja, malah pekerja belakang tabir juga merupakan anak seni.

"Jika lambat bayaran mereka tiada persatuan yang betul-betul mampu menangkan hak mereka... we are stuggling just like you all are too, we are in this together! Bukan hanya di Malaysia tapi satu dunia.

"Jika tak dapat nak sambung shooting, apakah cara untuk pastikan mereka yang bekerja dalam bidang ni tidak terus terumbang ambing dan langsung tiada pendapatan... harap kita dapat cari solusinya bersama," ujarnya.

Pada Khamis lalu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sudah mengambil inisiatif untuk merangka garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti perfileman semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik Covid-19.

Finas dalam satu kenyataan memaklumkan sudah mengambil tindakan sewajarnya dan kini dalam proses mendapatkan kelulusan kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada aktiviti penggambaran sebelum diumumkan kepada semua penggiat industri sekiranya dibenarkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Diana Danielle

Artikel Lain