suria

“Lama betul bagi muka, tak boleh tahan... masuk IG kami komen good-good pula!” - Almy Nadia sekat netizen biadab

Almy Nadia sekat netizen yang tulis komen tidak beradab di Instagram miliknya.

SERING menerima kecaman dan komen negatif daripada netizen di laman sosial, pelakon Datin Almy Nadia menegur sikap tidak beradab segelintir individu tersebut.

Menerusi Instagram, Almy berkata dia terpaksa menulis luahan mengenai isu berkenaan dan meminta netizen yang kurang senang segera berhenti daripada mengikuti laman sosialnya.

"Lama pendam perasaan tapi hari ini tak boleh tahan terpaksa luah... sajalah nak cakap, siapa-siapa yang tak suka kami tak payahlah nak follow kami, faham!

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan nak tambah dosa!” Almy Nadia naik angin selepas kena komen hal susu badan

"Lepas tu hampa (kamu) masuk dalam Instagram kami komen kat kami serupa hampa penghuni syurga, apa sahaja yang melibatkan kami yang membuatkan hampa cemuih (bosan) baik hampa tak payah nak tambah dosa di bulan puasa ni.

"Lama betul kami perhati tau bagi muka kat hampa yang datang masuk Instagram kami lepas tu komen serupa good-good pula! Lama kami tahan tapi hari ini tak tahan... sajalah nak luah agar hati kami lega sikit, yang hampa ahli syurga tak usah datang Instagram kami tau," katanya.

Almy tegur sikap segelintir netizen di Instagram.

Sementara itu, isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz ini berkata perkongsiannya di laman sosial berkenaan adalah mengenai realiti kehidupannya yang sebenar.

Justeru itu, dia lebih senang menyekat akaun yang menulis komen negatif bertujuan untuk mencetus provokasi dan penghinaan terhadap dirinya.

"Kami tak adalah elok mana, kami jadi diri sendiri saja, tak mahu letak gambar atau video jadi orang lain, kami tak suka macam tu sebab ini Instagram kami.

Almy bersama suami, Fizz Fairuz dan anak-anak mereka.

"Maaf buat sesiapa yang kena block, bagitahu awal-awal terpaksa block sebab kami tak mahu cari dosa nak baca komen tak elok dan nanti syaitan hasut suruh balas... dari cari dosa baik kami sekat!," ujarnya.

Berdepan dengan pelbagai ragam netizen, Almy berkata Fizz sering menasihatinya supaya mengabaikan komen negatif tersebut.

"Suami kami selalu pesan jangan baca, jangan balas sebab mereka tak betul pun nak ikutkah? Jadi tak perlu layan, kami pun malas layan... tapi ni terpaksalah tulis supaya anda faham.

"Saya ni jenis baca komen, macam komen pelik-pelik saya tak balas dan terus padam dan block saja. Mohon maaf pada semua!," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Almy Nadia, Fizz Fairuz

Artikel Lain