suria

Nabila Razali pilih cerita terbaik daripada 12,000 kisah peribadi yang dikongsi pendengar untuk MV Peluang Kedua

Lagu Peluang Kedua jadi lagu paling banyak kali didengar di semua platform digital sejak dua minggu lalu.

VIDEO lirik penyanyi Nabila Razali yang bertajuk Peluang Kedua menjadi tempat luahan perasaan apabila lebih 12,000 komen pendengar berkongsi kisah hidup berkaitan peluang kedua mereka.

Nabila berkata, dia membaca semua komen-komen yang dikongsi di laman YouTube kerana banyak pengajaran boleh diperoleh daripada kisah-kisah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah lebih 500,000 tontonan! Nabila Razali terkejut lirik video 'Peluang Kedua' tiba-tiba hilang dari Youtube

Malah, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini merancang untuk memilih kisah mereka sebagai jalan cerita dalam muzik video lagu berkenaan.

“Ramai yang dengar sambil berkongsi kisah hidup masing-masing tentang peluang kedua mereka, saya baca semua komen-komen mereka di YouTube kerana banyak pengajaran daripada kisah-kisah mereka itu,

Peluang Kedua merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini.

"InsyaAllah... saya dan pihak pengurusan merancang untuk memilih kisah terbaik dan sesuai sebagai jalan cerita bagi muzik video lagu ini, ” ujarnya.

Menurut Nabila, lagu tersebut turut menjadi lagu paling banyak dimainkan di semua pelantar digital sejak dilancarkan April lalu.

Peluang Kedua yang merupakan single kelima Nabila Razali ini merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini dan menjuarai carta RIM (Recording Industri Malaysia) sebagai lagu paling banyak didengar di semua platform digital sejak dua minggu lalu.

Manakala, video liriknya mendapat lebih 5.3 juta tontonan dalam tempoh sebulan dilancarkan di laman YouTube.

“Saya dapat maklum balas yang baik, ramai yang buat cover dan ramai kanak-kanak yang sudah menghafal lagu tersebut.

“Selain itu, lagu itu juga menjuarai carta RIM (Recording Industri Malaysia) walaupun baru minggu pertama dilancarkan, ” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang muzik video, Nabila berkata, penggambaran mungkin akan dijalankan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

“Kami dalam usaha pembikinan video muzik, saya dan pihak pengurusan juga masih mencari hero untuk video muzik berkenaan. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar ada kejutan untuk video muzik berkenaan.”

“Sekarang kami hanya menunggu pihak kerajaan membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan sahaja. Kita doakan situasi wabak Covid-19 ini berakhir dengan segera” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nabila Razali, Peluang Kedua

Artikel Lain