suria

Penangan Covid-19, Judika bergantung wang simpanan untuk terus bertahan!

Judika bergantung pada wang simpanan sepanjang tempoh kuarantin Covid-19 ini.

PENYANYI Judika mengakui pendapatannya merudum teruk berikutan penularan wabak Covid-19.

Menerusi laporan Tribunnews, Judika berkata dia kini bergantung wang hasil tabungan untuk kekal bertahan sepanjang tempoh kuarantin ini.

Bagaimanapun, dia masih mempunyai beberapa perkerjaan yang harus dilakukan dari rumah antaranya melakukan program siaran langsung berbayar.

Namun, bayarannya mungkin tidak semewah beraksi di pentas persembahan.

"(Berharap) tabung tapi saya masih bekerja dari rumah dan ada buat live berbayar.

"Sejak awal Januari saya sibuk berkerja, ikutkan sampai tahun depan ada persembahan dengan bayaran yang tinggi... sebulan boleh menyanyi sampai 20 buah persembahan.

"Gara-gara Covid-19, ada persembahan yang sudah beri bayaran pendahuluan, ada bayaran yang masih pending dan perlu tunggu sehingga persembahan selesai... tapi tak tahu bila akan disambung, duit pendahuluan pun sudah habis!," katanya.

Judika

Artikel Lain