suria

Jasmin Hamid minta ibu bapa tidak bawa anak keluar rumah - “Tak mati kalau tak beraya tapi boleh mati kalau dijangkiti Covid-19”

Jasmin berharap semua rakyat bersabar dan mematuhi arahan kerajaan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

KELONGGARAN yang diberikan kerajaan untuk beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pelakon Jasmin Hamid berharap ibu bapa tidak mengambil ringgan tentang keselamatan anak-anak.

Jasmin berkata, ibu bapa yang bertindak sebagai perlindung sepatutnya tidak membawa anak-anak keluar rumah yang boleh mendedahkan mereka dijangkiti Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid gelar 'cleaner' sebagai wira tak didendang, tanggung risiko Covid-19 dengan gaji yang rendah

"Para ibu bapa sekalian, lindungilah anak-anak kita dari dijangkiti wabak Covid-19 ini. Kalau keluar rumah itu, tak perlu bawa anak-anak bersama terutama musim perayaan ini.



Nasihat Jasmin untuk para ibu bapa.

"Kita dapat menjalani Ibadah puasa pun dah cukup bersyukur. Tak mati kalau tak raya tapi kita dan keluarga kita terutamanya anak-anak dan warga emas boleh mati jika dijangkiti hanya sebab nak beraya.

"Tak payah keluar rumah kalau tak perlu. Beraya bukan keperluan. Kita masih boleh sambut kemenangan puasa di rumah," kata Jasmin.

Pemilik nama Jasmiah Abdul Hamid ini memuat naik artikel mengenai 317 kes positif Covid-19 yang melibatkan kanak-kanak 12 tahun ke bawah di Instagramnya pada Rabu.

Menerusi artikel tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 112 kes atau 35 peratus adalah dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dan 22 kes membabitkan bayi berusia kurang setahun.

Kita masih belum menang lagi... Tapi kita boleh menang kalau kita tak degil.

JASMIN HAMID

PELAKON

Dalam pada itu, Jasmin berharap seluruh rakyat mematuhi arahan kerajaan kerana negara masih belum menang dalam memerangi wabak Covid-19.

"Kita masih belum menang lagi... Tapi kita boleh menang kalau kita tak degil. Jangan susahkan diri dan keluarga hanya sebab nak penuhi kehendak bukan keperluan.

"Jangan sebab kedegilan dan sikap pentingkan diri sendiri, kita tak dapat sambut Ramadan lagi tahun 2021," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jasmin Hamid, Covid-19, PKPB,

Artikel Lain