suria

Dua kali keguguran, netizen cadang Almy Nadia henti buat ulasan makanan - “Itu amanah Allah dan rezeki untuk anak-anak saya”

Almy mengalami keguguran kandungan yang berusia enam minggu.

DUA kali mengalami keguguran dalam tempoh beberapa bulan sehingga segelintir netizen mencadangkan agar Datin Almy Nadia berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya.

Bagaimanapun, Almy, 34, menafikan perkara itu menjadi punca dia keguguran dan akan meneruskan aktiviti itu selepas kembali sihat.

Katanya, suami dan anak-anaknya akan mengambil alih tugas tersebut buat ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia alami pendarahan vagina, terpaksa gugur kandungan usia empat minggu - “Ada darah beku pada rahim seperti ulser”

ARTIKEL BERKAITAN:Allah lebih sayangkan anakku... papa reda” - Almy Nadia keguguran kandungan berusia 14 minggu

Almy turut menganggap apa yang dilakukan itu merupakan satu tanggungjawab dan punca rezeki untuk keluarganya.

"Kalau saya tak buat, suami saya yang akan ambil alih sebab itu amanah Allah dan juga rezeki untuk anak-anak saya.

Almy Nadia berkongsi foto keluarga pada hari raya kelima.

"Mungkin ada jenis makanan yang saya tak boleh cuba, tapi suami dan anak-anak saya boleh buat. Saya pun tak ada masalah untuk buat ulasan itu makanan," ujarnya.

Pada Khamis, Almy menjalani pembedahan mencuci rahim selepas mengalami keguguran kandungan yang baru berusia enam minggu.

Pelakon itu mengalami pendarahan rahim sesak 22 Mei lalu akibat luka pada kantung.

"Kami dah cuba selamatkan kandungan ini, saya jaga pemakanan sejak awal dapat tahu saya hamil. Doktor juga nasihat jangan buat kerja berat atau angkat anak.

"Tapi ada luka di kantung bayi yang menyebabkan pendarahan, luka itu semakin lama semakin besar dan pendarahan yang banyak tapi saya tak sakit pun," ujarnya.

Sementara itu, Almy berkata, dia tidak berasa sedih atau terkilan kerana percaya akan ada rezeki yang lebih baik untuk dia dan keluarga.

"Mungkin ini bukan rezeki saya. Saya percaya akan ada rezeki yang lebih baik untuk saya lepas ni.

"Saya tak sedih sebab saya muda lagi boleh mengandung lagi, saya cuma sedia belum dapat jumpa anak-anak lagi daripada semalam," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Almy Nadia, Fizz Fairuz

Artikel Lain