TUNANG kepada pelakon Syazwan Zulkifly iaitu Sya Zulkifli mengesahkan ikatan pertunangan mereka telah berakhir pada hujung Mac lalu. Menurut Sya atau nama sebenar Syawariah Zulkifli, 32, punca perpisahan mereka itu hanya diketahui keluarga dan menganggap tiada jodoh untuk mereka meneruskan perkahwinan. "Saya tahu banyak pihak yang tertanya tentang kepastian dari artikel ini. Saya dan Syazwan Zulkifly telah memutuskan tali pertunangan pada 31 March 2020. ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari tawan hati Syazwan Zulkifly, bakal bertunang 31 Ogos ini "Saya sendiri telah memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada Syazwan sendiri. Dan hal ini cuma diketahui oleh pihak keluarga sahaja. "Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan... saya anggap sudah tak ada jodoh dan biarlah kami sahaja yang tahu punca perpisahan ini," katanya menerusi Instagram. Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin laporan artikel gosip mengatakan hubungan pertunangannya dengan pelakon filem Juvana itu telah berakhir. Sya sahkan hubungan pertunangan mereka telah berakhir. Berita itu mula dihidu selepas aktor itu memuat naik foto mesra bersama wanita lain di laman sosial Instagram. Bagaimanapun, dia bertindak memadam foto berkenaan beberapa jam kemudian. Syazwan mengikat tali pertunangan dengan pramugari itu pada 31 Ogos tahun lalu. mStar terima kiriman emel daripada seorang pembaca memaklumkan mengenai gosip tersebut dan sekeping foto Syazwan bersama wanita lain menguatkan lagi dakwaan putus tunang. Dalam pada itu, Sya berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai foto pelakon itu bersama wanita lain seperti yang tular di media sosial. Malah, dia mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu serta berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan. "Isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. "Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada dengan saya dan terima kasih juga kepada yang mendoakan saya," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!