MENCIPTA nama menerusi drama fenomena Juvana sekitar tahun 2011 memberi impak yang besar kepada kehidupan pelakon Johan As'ari. Mengimbau kenangan itu, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 34, berkata dia berasa sangat bertuah dapat bergandingan dengan barisan selebriti yang mempunyai bakat besar antaranya Zahiril Adzim dan Bront Parale. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki artis tak berkat? Johan As'ari jawab pandangan Zul Yahya - “Cukup kalau kita kerja kerana Allah, direstui ibu bapa dan tahu ia halal” "Watak-watak menerusi drama bersiri Juvana ini telah diluluskan oleh pihak stesen TV3 dengan kepercayaan yang diberikan kepada pengarah Faisal Ishak. Johan berkongsi sedutan babak dalam drama Juvana. "Aku tiada nama ketika itu, jauh sekali bergelar artis popular apatah lagi seorang selebriti. Diri ini berasa sangat kerdil bila bergandingan bersama pelakon berbakat besar. "Seperti Zahiril Adzim, Bront Palare, Beto Kusyairy, Syazwan Zulkifly, Shukri Yahaya, Izreen Azminda, Idzham Ismail, Adam Shahz dan ramai lagi," kata Johan. Pelakon drama Di Atas Sayap-Sayap Malaikat itu berkongsi perkara itu di laman Instagramnya sempena menyambut ulang tahun yang ke-36 stesen TV3 pada pagi, Selasa. Johan turut memuat naik sedikit sedutan rakaman beberapa babak drama tersebut di laman sosial dan menarik perhatian pengikut yang merindui lakonanya. Johan bersyukur drama Juvana menjadi fenomena. Dalam pada itu, Johan meluahkan rasa syukur apabila drama terbitan Filmscape Television tersebut menjadi fenomena ketika itu dan mengucapkan terima kasih kepada stesen TV3. "Alhamdulillah syukur... drama ini menjadi fenomena. Terima kasih TV3 Malaysia. Pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan di kandung tanah, budi yang baik di kenang jua. "Selamat ulang tahun yang ke-36 @tv3malaysia," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!