PELAKON Amyra Rosli mendapatkan rawatan kira-kira sejam di sebuah pusat perubatan akibat mengalami keracunan makanan. Suaminya Amar Baharin berkata, aktres itu mengalami muntah-muntah dan sakit perut yang serius selepas pulang dari rumah keluarga mereka pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Amar Baharin tak layak terima BPN - “Tak lulus sebab pendapatan melebihi kelayakan, jadi yang lebih itu kami sumbangkan untuk frontliners” Amar dan Amyra bersama dua orang anak mereka. "Amyra mengalami keracunan makanan yang agak teruk juga. Sebabkan banyak kali dia muntah tak berhenti dan mengalami sakit perut yang berpanjangan, saya ambil keputusan bawa dia ke hospital. "Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby sebab itu, saya terus bawa Amyra jumpa doktor. "Selama satu jam juga Amyra di hospital semalam (Isnin) untuk rawatan. Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik tapi sekarang sambung berehat di rumah saja," kata Amar ketika dihubungi mStar pada Selasa. Anak kedua kami masih lagi menyusu badan, saya takut akan beri kesan kepada baby. AMAR BAHARIN pelakon Sebelum ini, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 35, memuat naik foto Amyra sedang terlantar sakit di sebuah hospital dengan kapsyen mendoakan kesembuhan isterinya di Instagram. Ruang komen di perkongsian Amar itu dipenuhi dengan doa netizen agar pelakon drama bersiri popular Nur itu cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa. Dalam pada itu, beberapa rakan selebriti turut meninggalkan komen mendoakan Amyra dalam keadaan baik biarpun mereka tidak mengetahui penyakit yang dialami aktres itu. Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!