suria

Hikmah dikecam 'Bukan Gadis Biasa' raih 11 juta tontonan - “Disebabkan kecaman itulah Allah naikkan darjat drama ini”

Sheila bersama suami dan anak-anaknya.

DIKECAM gara-gara suntingan dan watak wanita tua, pelakon Sheila Rusly bersyukur drama Bukan Gadis Biasa meraih lebih 11 juta tontonan sepanjang 28 episod yang disiarkan di slot Akasia, TV3 sepanjang Ramadan.

Membawa watak utama sebagai Opah Aminah, Sheila Rusly berkata, dia tidak menyimpan dendam terhadap netizen yang mengecam drama berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Berehat sementara dari lakonan, Opah Aminah watak terakhir Sheila Rusly - “Ini bukan gimik...”

Selain Sheila, drama tersebut turut dibintangi oleh Ayda Jebat dan Remy Ishak.

"Alhamdulillah, sudah tentu saya sentiasa bersyukur. Macam saya selalu cakap, setiap kejadian mesti ada hikmah, setiap kesedihan ada kegembiraan dan setiap kepayahan ada kesenangan.

"Walaupun orang kecam dan cakap macam-macam mengenai saya dan produksi saya, tapi saya percaya ada benda lain yang Allah nak beri. Jadi, ini (kejayaan) agaknya hikmahnya.

"Saya tak ada simpan dendam kepada sesiapa yang pernah mengutuk, menghina dan mencaci saya, produksi dan pelakon yang terlibat dalam drama itu.

"Malah, saya ucap terima kasih kepada mereka. Mungkin disebabkan kecaman mereka, itulah Allah naikkan darjat drama Bukan Gadis Biasa," kata Sheila kepada mStar.

Saya tak simpan dendam kepada sesiapa yang kutuk, hina, dan caci saya.

SHEILA RUSLY

PELAKON DAN PENERBIT

Sebelum ini, watak lakonan Sheila iaitu Opah Aminah menerima kecaman teruk daripada netizen yang mempertikaikan solekan wajah tua yang didakwa tidak realistik.

Malah, suntingan beberapa babak yang dianggap tidak dilakukan dengan baik serta jalan cerita yang agak longgar.

Dalam perkembangan lain, Sheila memberitahu dia akan memulakan penggambaran drama baharu selepas aktiviti tersebut dibenarkan.

Bagaimanapun, dia masih dengan pendiriannya untuk berehat seketika dalam dunia lakonan dan segala urusan produksi akan diuruskan suaminya, Jinggo dan dua orang anaknya, Uzair Haqimy serta Luth Mikhail.



Watak Opan Aminah mendapat pelbagai kecaman netizen.

"Tidak akan ada drama Bukan Gadis Biasa 2 sebab Opah Aminah pun sudah mati. Insya-Allah selepas ini saya akan terbitkan drama yang berbeza genre tapi tunggu PKP tamat baru akan mulakan penggambaran.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini, saya tidak akan berlakon kerana ingin berehat seketika sehingga dapat tawaran yang mencabar saya sebagai anak seni.

"JS Picture akan terus aktif terbitkan drama tapi di belakang tabir ada suami dan anak-anak. Saya mungkin akan ada bila perlu sahaja," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain