PELAKON Nadzmi Adhwa berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Ardell Aryana selamat melahirkan cahaya mata sulung pada pagi Jumaat. Menurut Nadzmi, 28, Ardell bertarung kesakitan selama 16 jam sebelum bersalin secara normal pada pukul 2.22 pagi. "Alhamdulillah. Terima kasih Allah... isteri saya telah selamat melahirkan anak pertama pada hari Jumaat yang mulia ini pukul 2.22.22 pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 jam. ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 6 bulan... Ardell Aryana dinasihatkan bawa kerusi roda, dikhuatiri pengsan walaupun sedang duduk "Tak tahu nak cakap mana perasaan tu... sedih, sayu, gembira semua bercampur apabila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri," katanya. Nadzmi teruja bergelar bapa. Nadzmi berkongsi keterujaannya itu menerusi laman Instagram. Sementara itu, pelakon drama Mencari Qiblat ini turut berterima kasih kepada keluarga, doktor dan semua peminat yang mendoakan kesejahteraan isterinya itu. "Terima kasih keluarga kami yang tak tidur, tak lekang mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik-baik dari kalian semua. Impian pasangan ini untuk menimang cahaya mata tercapai. "Terima kasih Dr Khamsiah Muda kerana sama-sama berjuang dengan Ardell Aryana," ujarnya yang masih belum mendedahkan jantina bayi tersebut. Menerusi laporan mStar 20 Disember tahun lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira bahawa isterinya itu sedang hamil. Pasangan ini mendirikan rumah tangga dalam satu majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor pada 1 September tahun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!