suria

Abadikan kisah istimewa tentang bapa anda dalam drama pendek di Suria FM!

Kisah terbaik akan dilakon semula penyampai-penyampai Suria FM sempena Hari Bapa.

SEMPENA Hari Bapa pada bulan ini, stesen radio Suria FM memberi peluang kepada pendengar untuk berkongsi kisah sedih, lucu atau menyentuh hati tentang pengorbanan bapa masing-masing di peraduan #KisahAyahDiSuria.

Pengurus Kanan Suria FM Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, berkata lima kisah terbaik akan dilakon semula oleh penyampai-penyampai Suria dalam sebuah drama pendek yang akan dimuat naik di saluran YouTube Suria TV dan Facebook Suria FM pada 21 Jun ini.

"Kisah Ayah di Suria ini merupakan inisiatif terbaharu daripada Suria FM bagi meraikan Hari Bapa pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM hilang 333,000 pengikut gara-gara IG digodam, Tokti dan Nad Zainal nyaris jadi mangsa!

"Namun kali ini, Suria menggunakan pendekatan yang berbeza iaitu melalui drama radio.

"Walaupun hanya menggunakan suara dalam menceritakan kisah-kisah tersebut, diharapkan pendengar Suria FM dapat turut menikmati dan menghayati setiap kisah yang diceritakan," katanya kepada mStar.



Penyampai Team Pagi Suria, Issey, Ajak dan Fizi Ali.

Tambahnya, pendengar boleh menghantar coretan momen yang paling istimewa mengenai seorang bapa kepada nombor WhatsApp Suria 012-5551053 berserta tanda pagar #KisahAyahDiSuria.

Peraduan Kisah Ayah Di Suria ini akan berlangsung bermula 6 Jun sehingga 12 Jun ini.

Pendengar perlu menggunakan tanda pagar #KisahAyahDiSuria untuk sebarang interaksi di laman sosial.

Untuk maklumat dan perkembangan terkini boleh layari laman www.suria.my atau laman sosial Facebook Suria FM dan Twitter Suria Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Suria FM, Kisah Ayah

Artikel Lain