BIARPUN sudah ramai yang memulakan perjalanan balik kampung sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, pelakon Yatt Hamzah membuat keputusan untuk mengutamakan keselamatan anak-anaknya. Yatt berkata akan tetap duduk di rumah selagi keadaan pandemik Covid-19 belum pulih sepenuhnya. ARTIKEL BERKAITAN: “Yakin tak akan dapat jangkitan ke? Jangan syok sangat pergi rumah orang!” - Yatt Hamzah tegur masyarakat degil sibuk beraya "Bonda di rumah saja. Suami bertugas di perantauan. "Raya di rumah saja tahun ni sebab anak-anak kecil kita tak berani la nak keluar-keluar macam orang lain," katanya. Yatt mahu utamakan keselamatan anak-anak selagi virus Covid-19 masa melanda. Tambahnya, dia hanya mengutamakan keselamatan anak-anaknya yang masih kecil. Yatt dan keluarga sanggup berkorban untuk berjuang menentang virus yang melanda seluruh dunia pada ketika ini. "Keselamatan anak nombor satu, yang lain tak penting dah. "Jadi anak-anak, tahun depan sajalah kita beraya ya. Tahun ni kita berkorban dan berjuang habis-habisan menentang Covid-19," ujarnya. Satu dunia kena sama-sama buat kerja. YATT HAMZAH PELAKON Bagaimanapun, Yatt berkata perjuangan itu hanya sia-sia jika masih ramai yang tidak ambil berat tentang prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi. Pelakon drama Jejak ini berharap agar virus ini hilang secepat mungkin dan keadaan kembali normal seperti sedia kala. "Tapi kalau kami saja yang menjaga tak jadi. Seorang dua saja yang buat memang sia-sia tak jadi apa," tulisnya. Yatt dan suaminya, Mohammad Zulfadhli mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfaa Medina, 2, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia lima bulan. Pelakon itu turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malika, 10, hasil daripada perkahwinan pertama dengan Abdul Mutalib Shukor. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!