suria

Berpakaian seperti lelaki, 'makcik' kecam Siti Elizad - “Tak kisahlah macam jantan pun, takkan nak pakai skirt pula bawa motor!”

Siti Elizad menjawab komen yang ditulis oleh seorang netizen di ruangan komen Instagram miliknya.

PERKONGSIAN foto pelakon Siti Elizad ketika menyertai aktiviti permotoran di laman Instagram miliknya baru-baru ini mengundang rasa kurang senang seorang pengikut.

Menerusi ruangan komen, netizen itu menegur pakaian yang dikenakan oleh Elizad yang dikatakan seperti lelaki dan tidak sesuai.

Menjawab komen yang ditulis netizen berkenaan, Elizad, 36, berkata dia berasa hairan apabila baju yang dipakai itu turut dikritik dan menjadi isu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad jalani rawatan IVF buat pertama kali - “Mental kena kuat, doakan saya”

"Tak kisahlah orang nak kata macam jantan pun... bawa motor takkan nak pakai skirt pula.

"Yang penting makcik tu sakit hati pula kita pakai macam itu. Makcik ada masalah ke dengan kita?



Elizad berkongsi paparan skrin artikel mengenai komen netizen itu yang ditulis oleh sebuah blog hiburan.

"Kalau gambar seksi bukan main lagi semua kecam, ini kita pakai baju tiada yang terdedah pun kena kecam!," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Elizad berkongsi beberapa keping foto bersama suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman dan kumpulan mereka menyertai aktiviti permotoran pada hujung minggu.



Elizad sering berkongsi aktiviti dan hobi permotorannya di laman Instagram.

Dalam foto tersebut, kelihatan pelakon drama Syurga Yang Kedua ini mengenakan pakaian kasual bersesuaian dengan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Namun, lain pula jadinya apabila ada netizen yang berasa kurang senang dengan penampilan santai Elizad itu.

"Eee... macam jantan," tulis pengikut tersebut.

Bagaimanapun, ia telah dipadam oleh netizen berkenaan selepas menerima komen balas daripada peminat Elizad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Siti Elizad

Artikel Lain