suria

Sambut ulang tahun ke-30, Hafreez Adam lalui pengalaman membahagiakan - “Apa yang ada sekarang lebih dari yang saya minta dulu”

Hafreez sambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30.

MENYAMBUT ulang tahun kelahiran yang ke-30 tahun pada Rabu, pelakon Hafreez Adam meluahkan rasa syukur dengan pelbagai pengalaman manis dan pahit yang dilaluinya.

Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, dia tidak pernah menyesal dan menganggap apa yang terjadi sama ada baik atau buruk tetap memberi pengajaran buat dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam dedah pernah berdepan depresi hingga cederakan diri sendiri - “Aku sudah tidak waras, botakkan sebelah kepala kerana marah... kerana kemurungan”

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk semua ucapan. Saya nak balas satu-persatu memang tak mampu la tapi anda mesti tahu yang saya sangat menghargai. Kehidupan sangat menakjubkan.



Hafreez anggap apa yang terjadi dalam hidupnya membentuk dirinya kini.

"Banyak benda yang jadi yang sekarang ni buat saya sedar banyak perkara dan saya akan jadi manusia paling tak bersyukur kalau saya tak nampak apa yang saya ada sekarang ni. Apa yang saya ada sekarang lebih daripada yang saya minta dulu.

"Perjalanan yang menakjubkan untuk saya buat masa sekarang ini dan saya tidak akan ubah satu pun. Apa yang best jadi sepanjang hidup ini, Alhamdulillah. Apa yang tak best jadi dalam hidup saya pun, Alhamdulillah," katanya.

Bekas tunang kepada pelakon Zara Zya itu meluahkan perasaannya di laman Instagramnya dan ruang perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan selamat hari lahir buat dirinya.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti antaranya Afifah Nasir, Azwan Kombos dan Iswan Ismail turut mendoakan agar pelakon drama bersiri Gantung itu dipanjangkan usia serta dipermudahkan segala urusan.

Selain seluruh keluarga, rakan baik dan semua kawan, anda semua adalah penyebab kenapa saya rasa diri saya sangat bertuah.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Dalam pada itu, Hafreez menganggap segala apa yang terjadi membentuk diri dan kehidupannya menjadi lebih bahagia dan tenang.

Dia juga bersyukur mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan dan peminat yang sentiasa berada disisinya.

"Alhamdullilah, sebab semua ni membentuk saya menjadi Hafreez Adam yang hari ini. Saya di fasa yang paling tenang sepanjang hidup saya sekarang ni. Sejujurnya, saya dalam keadaan paling gembira saya pernah berada.

"Selain seluruh keluarga, rakan baik dan semua kawan, anda semua adalah penyebab kenapa saya rasa diri saya sangat bertuah. Terima kasih! To many more years of growing together, positively. Happy birthday to me!' ujarnya.

Hafreez pernah bertunang dengan pelakon Zara Zya pada Oktober tahun lalu, namun hubungan tersebut terputus sebulan kemudian atas sebab tertentu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafreez Adam, Zara Zya,

Artikel Lain