suria

Penampilan semakin sopan, Tasha Shilla mahu berubah jadi lebih baik - “Suami tak pernah letak syarat dalam berpakaian”

Tasha Shilla tidak lagi berimej seksi selepas berkahwin.

DIKENALI dengan imej seksi, pelakon Tasha Shilla kini dilihat berpenampilan sopan selepas mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada Februari lalu.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak, 33, berkata sebagai seorang manusia dia sentiasa cuba untuk berubah menjadi lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia memang jodoh saya... inilah cinta sejati!” - Tasha Shilla bertunang selepas dua bulan berkenalan

ARTIKEL BERKAITAN: Tasha dan suami masuk kelas agama selepas berkahwin - “Kami sama-sama nak perbaiki diri”

"Setiap manusia sentiasa cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan saya.

"Suami tak pernah meletakkan apa-apa syarat pun dalam berpakaian. Dia faham yang saya cukup matang untuk buat keputusan sendiri," katanya kepada mStar.



Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq melangsungkan perkahwinan pada Februari lalu.

Bercerita tentang kehidupan selepas berkahwin, pelakon drama Kamar Kamariah ini mengaku kehidupannya berubah menjadi lebih bermakna dan bahagia.

Tambahnya, dia dan suami banyak berkongsi cerita dan melakukan aktiviti bersama selain menjalankan tanggungjawabnya masing-masing.

"Syukur Alhamdulillah, lepas kahwin saya rasa lebih bahagia berada di samping suami.

"Kami banyak berkongsi cerita bersama, lakukan aktiviti bersama, semuanya bersama.

Kami sedia untuk menjadi ibu bapa di masa akan datang.

TASHA SHILLA

PELAKON

"Sebelum kahwin, saya hanya fikirkan diri saya dan keluarga sahaja, tetapi sekarang saya juga kena fikirkan tentang makan dan pakai untuk suami juga," ujarnya.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang kehadiran cahaya mata, Tasha hanya berserah pada perancangan Allah.

Walaupun dia dan suami sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa, Tasha berharap peminat dapat mendoakan agar mereka dikurniakan zuriat secepat mungkin.

"Berkenaan dengan zuriat saya letakkan pada perancangan Allah SWT, sama seperti saya dijodohkan dengan suami.



Tasha Shilla tampil dengan imej berhijab pada Ramadan lalu.

"Semua ini Allah dah tentukan. Kalau ikutkan saya dan suami InsyaAllah kami sedia untuk menjadi ibu bapa di masa akan datang.

"Saya harap peminat dapat doakan kami mendapat zuriat suatu hari nanti," katanya.

Tasha dan Atiq, selamat diijabkabul pada 28 Februari lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Majlis Wilayah Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tasha Shilla

Artikel Lain