suria

Saharul Ridzwan cemas isteri alami 'kontraksi palsu', belum masa untuk bersalin - “Bukaan sudah 1.5 cm tapi tiba-tiba keesokkan hari...”

Saharul memberitahu isteri dan bayi mereka dalam kandungan baik-baik saja.

DISANGKAKAN sudah tiba masa untuk bersalin, rupa-rupanya hanyalah kontraksi palsu atau false alarm sahaja. Itulah yang terjadi kepada isteri pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir Mohhamed Akif Emir.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 31, berkata dia membawa isterinya ke hospital selepas mengalami tanda-tanda awal untuk bersalin pada Rabu lalu.

Malangnya, sakit yang dialami isterinya mula berkurangan keseokkan hari dan diminta untuk datang semula ke hospital minggu hadapan berikutan belum waktu untuk melahirkan anak kedua mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Saharul Ridzwan bimbang isteri demam panas ketika hamil empat bulan - “Waktu sakit pun dia ingat perut suami”

"Alhamdulillah, isteri saya dan kandungannya dalam keadaan baik-baik sahaja. Ingatkan dah tiba waktu dia bersalin tapi rupa-rupanya baby tak nak keluar lagi kut.



Saharul memuat naik video menjelaskan keadaan isterinya.

"Selepas jalani pemeriksaan doktor, isteri saya kena datang semula ke hospital pada minggu hadapan pula," kata Saharul menerusi mesej yang dihantar kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri popular Korban Kasih ini memuat naik foto bersama isterinya berada di hospital dan rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

Sehari selepas berkongsi foto tersebut, Saharul memuat naik video menjelaskan bahawa isterinya hanya mengalami kontraksi palsu dan perlu datang semula ke hospital mengikut tarikh akhir bersalin iaitu 15 Jun.

"Dah jumpa dengan doktor, baby tak nak keluar lagi. False alarm. Kena balik, banyakkan bersenam dan berjalan. Kena datang hospital semula pada 15 Jun, ikut pada due date," katanya.



Saharul dan isteri mempunyai seorang anak lelaki.

Dalam pada itu, Qaabila Deena Emir atau Deena memberitahu biarpun sudah mengalami kontraksi dan bukaan 1.5 cm (sentimeter) namun dia tidak mahu memaksa dirinya untuk bersalin.

"Saya ditahan wad selepas mengalami kontraksi selang dua minit. Bila buat pemeriksaan, bukaan sudah 1.5 cm tapi tiba-tiba keesokkan hari kontraksi dah kurang dan pembukaan pun masih sama.

"Jadi doktor anggap ia false alarm. Kita nak elak induce sebab doktor nak natural sahaja. Apa-apa pun kita tunggu due date untuk datang semula ke hospital. Doakan baby saya ya," ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Saharul Ridzwan, Deena Emir, Ali,

Artikel Lain