suria

Tujuh selebriti bergabung bantu ibu tunggal kurang berkemampuan - “Ramai hantar gambar anak dengan tin susu kosong”

Tujuh selebriti bergabung menubuhkan Celepets Care untuk bantu ibu tunggal.

TUJUH selebriti iaitu Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Daphne Iking, Dynas Mokhtar, Serena C, Yasmin Hani dan Atilia Haron menubuhkan Celepets Care bagi membantu golongan wanita yang kurang berkemampuan.

Menurut Dynas, dia menerima banyak mesej di Instagram yang menghantar gambar keadaan kehidupan mereka yang susah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac lalu.

"Saya dapat banyak DM di Instagram sejak PKP bermula. Rata-rata wanita yang DM saya itu menghantar gambar mereka bersama anak, tin susu yang kosong dan mahu meminta bantuan.

"Selepas berbincang dengan rakan-rakan yang lain, kami buat keputusan untuk memilih betul-betul yang memerlukan bantuan. Kami kena selidik dan tahu siapa yang memerlukan bantuan dahulu.



Sidang media yang diadakan secara maya.

"Syarat layak terima bantuan daripada Celepets Care kena jawab beberapa soalan dan buat karangan. Selain itu, mereka juga perlu memberi maklumat lengkap mengenai keluarga mereka," katanya kepada mStar.

Celepets yang dianggotai oleh Dynas bersama enam orang rakan selebriti lain melancarkan platfrom Celepets Care menerusi sesi bersama media secara maya pada Khamis.

Misi Membantu Wanita Kurang Mampu dengan Keluarga Yang Bergantung atau Helping Marginalized Women with Dependent Families itu mendapat sokongan ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Secara rasminya, Celepets Care telah memulakan sesi kutipan sumbangan dan penajaan daripada syarikat korporat serta individu perseorangan sejak 20 Mei lalu dan akan berakhir pada 30 Julai depan.

Selepas berbincang dengan rakan-rakan yang lain, kami buat keputusan untuk tapi dan memilih betul-betul yang memerlukan bantuan.

DYNAS MOKHTAR

PELAKON

Semua jumlah kutipan sumbangan yang terkumpul kemudiannya akan dibahagikan kepada golongan wanita kurang berkemampuan pada 15 Ogos 2020.

Pihak Celepets juga cukup bertuah kerana usaha murni mereka itu telah mendapat sokongan padu daripada Kita Fund yang bertindak sebagai saluran utama atau platform bagi menempatkan setiap sumbangan yang bakal diterima menerusi program itu nanti.

Bagi menyemarakkan Celepets Care, setiap anggota Celepets akan menjalankan peranan di laman sosial masing-masing bagi memastikan lebih ramai pihak yang dapat menghulurkan bantuan.

Sebuah rancangan digital khas (seminggu sekali) yang bakal dihadiri bintang Celepets, sekaligus dapat memberi penjelasan lebih terperinci kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma melalui platform Celepets Care itu.



Mereke bertujuh akan berbincang untuk tentukan siapa layak terima bantuan daripada Celepets Care.

Dalam pada itu, orang ramai dialu-alukan menghulurkan sumbangan berbentuk wang ringgit atau barangan keperluan serta barangan persekolahan.

Celepets Care telah mendapat kerjasama baik dari Ministry Of Marketing Asia yang menyediakan program khusus Power To Empower Product & Brand Awareness Show: SME Edition bagi melancarkan perjalanan usaha murni ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kindness Malaysia turut berganding bahu bersama-sama Celepets terutama dalam menyediakan urusan logistik dan pengurusan bantuan kepada golongan wanita yang benar-benar memerlukan bantuan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain