suria

Gara-gara minta reka poster single baharu ala-ala filem 'Parasite', Daiyan Trisha dituduh ambil kesempatan - “Mungkin dia pernah kena tipu!”

Daiyan Trisha kesal niat baiknya untuk berinteraksi dengan peminat di Twitter disalah erti sesetengah pihak.

NIAT penyanyi Daiyan Trisha meminta peminat membuat suntingan poster untuk single baharunya berkonsepkan filem Korea Selatan Parasite disalah erti pihak tertentu.

Daiyan, 27, meluahkan rasa kesal apabila dituduh sengaja ingin mendapatkan khidmat pereka grafik secara percuma tanpa sebarang bayaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha beri tips untuk keluar dari masalah - “Hidup akan menjadi lebih sukar jika anda bodoh”

Penyanyi lagu Langit itu berkata, seorang individu telah membangkitkan isu berkenaan yang kononnya memperjuangkan hak pereka grafik.

"Ramai orang faham bahawa saya hanya mahu berinteraksi dengan pengikut di Twitter, peminat saya pun faham maksud saya.



Tweet Daiyan bertujuan untuk berinteraksi dengan pengikutnya namun disalah erti sesetengah pihak.

"Saya tak tahu dia kerja apa. Mungkin dia pereka yang pernah kena tipu dengan kapitalis... klien minta (rekaan) tapi tak dibayar ke apa saya tak tahu. Saya tak nak buat anggapan.

"Cuma saya tak rasa ia adil untuk dia gunakan platform saya itu untuk cakap pasal isu ni sebab sekarang ni orang ingat saya tak bayar pereka grafik. Ia tak benar sama sekali," katanya kepada mStar.

Daiyan berkata, dia kesal dengan sikap pengguna Twitter tersebut yang enggan meminta maaf walaupun sudah jelas tuduhan yang dibuat tidak berasas.

Tambahnya, tindakan individu tersebut seolah-olah menuduhnya enggan membayar khidmat pereka grafik.

Pengguna Twitter yang mendakwa Daiyan mahu menggunakan khidmat percuma pereka grafik.

"Walaupun saya cakap yang saya dah ada rekaan saya sendiri dan dah bayar rekaan itu, dia masih lagi tak nak minta maaf.

"Dah nampak terang lagi bersuluh yang dia bersalah dekat situ tapi dia masih nak gunakan apa saya cakap tu untuk kenakan saya balik.

"Saya bayar pereka-pereka saya. Dia nak perjuangkan hak itu, cari klien yang tak bayar... bukan cari kesalahan saya.

"Saya rasa apa yang dia buat tu sangat mementingkan diri, jahat dan egoistik," jelasnya.

Ada saja benda tak kena dengan apa yang saya buat.

DAIYAN TRISHA

PENYANYI

Dalam pada itu, Daiyan kesal dengan sikap kebanyakan netizen di laman sosial yang sentiasa merasakan diri mereka betul dan tidak boleh menerima kesalahan.

"Semua orang nak jadi betul dan tak nak terima kesalahan. Ada saja benda yang tak kena dengan apa yang saya buat.

"Saya dah penat dan tak boleh tahan dah. Saya rasa macam tak nak guna Twitter dah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Daiyan Trisha

Artikel Lain