suria

Ditanya soal kahwin dengan orang Indonesia, Haziq Hot FM kata tiada yang pelik - “Yang penting dia manusia, bukan dari planet lain”

Haziq berasa pelik apabila status isterinya sebagai warganegara Indonesia sering ditanya netizen.

PENYAMPAI radio Hot FM iaitu Haziq mendedahkan ada menerima pertanyaan daripada netizen yang mempersoalkan kenapa memilih untuk berkahwin dengan wanita yang berasal dari Indonesia.

Menjawab persoalan itu, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 30, berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk menolak jodoh memandangkan segalanya sudah ditentukan oleh Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa kau orang bakar hutan?” - Ibu, isteri dan anak-anak Haziq (Hot FM) jatuh sakit akibat jerebu

Menurut Haziq, persoalan tersebut tidak sepatutnya timbul kerana dirinya hanya berkahwin dengan manusia biasa bukannya orang dari planet lain.



Haziq menjawab pertanyaan daripada netizen.

"Adik... ajal, maut, jodoh, pertemuan, rezeki... semua itu Allah yang tentukan. Siapalah kita nak menidakkan jodoh dan siapalah kita nak memilih siapa jodoh kita.

"Tak kisah la saya kahwin dengan orang Malaysia ke Indonesia ke Rusia ke Tunisia ke. Yang penting saya kahwin dengan manusia. Yang peliknya kalau saya kahwin dengan orang dari planet lain.

"Kalau yang itu awak boleh tanya kenapa saya kahwin dengan orang planet lain. Yang penting saya kahwin dengan manusia dan kami saling mencintai.

"Kalau Ayudaputrii lahir kat negara lain pun, saya tetap akan kahwin dengan dia," kata Haziq.

Tak kisah la saya kahwin dengan orang Malaysia ke Indonesia ke Rusia ke Tunisia ke.

HAZIQ

PENYAMPAI RADIO

Haziq menjawab pertanyaan netizen itu menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Pengacara program Muzik-Muzik itu berkahwin dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pada itu, rata-rata netizen setuju dengan jawapan yang diberikan Haziq dan menganggap segelintir rakyat Malaysia mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang yang berkahwin dengan warga negara luar.



Haziq dan isteri mempunyai dua cahaya mata.

"Suka dengan jawapannya. Pengalaman di Malaysia sesetengah orang melayu anti dengan kita. Apa-apa pun, kita manusia sama di muka bumi hanya batas negara dan politik la yang membezakan kita.

"Yang tanya itu mesti single. Tu yang dengki tu. Atau mungkin awek (kekasih) orang Indonesia dah tinggalkan dia. Jadi, dia rasa kecewa la.

"Memang mentaliti orang kita. Eh kahwin dengan orang Indonesia? Macam hina sangat saja. Orang lain kahwin dengan orang putih tak pertikaikan pula," komen beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain