suria

Kongsi video 'sweet' bonceng motor Niezam Zaidi, Nonny Nadirah ditegur tak jaga 'halal gap' - “Jauh-jauh dulu... nanti dah nikah barulah boleh macam ni”

Netizen tegur Nonny agar menjaga batas pergaulan sebelum berkahwin.

PERKONGSIAN video pelakon Nonny Nadirah di laman Instagram yang memperlihatkan dia sedang membonceng motosikal kekasihnya pelakon Niezam Zaidi mengundang teguran daripada netizen.

Rata-rata netizen berasa kurang senang dan menasihati agar pasangan itu menjaga batas pergaulan serta 'halal gap' memandangkan belum bergelar suami isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai berpeluh Niezam Zaidi cerita fasal Nonny Nadirah - “Kami tak plan jatuh cinta... lama-lama perasaan tu tak boleh sorok”

"Semoga dipermudah jodoh Nonny. Tak baik bukan muhrim duduk rapat macam itu ya.

"Sis Nonny naik motosikal ini dah kahwin ke belum?



Perkongsian Nonny di Instagram mengundang teguran daripada netizen.

"Jauh-jauh dulu... nanti dah nikah barulah boleh sweet macam ni," komen beberapa netizen di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar pasangan itu dipermudahkan urusan dalam mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

"Alahai sweet... Nampak bahagia sangat. Terima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Cepat-cepat nikah. Tak sabar nak tengok. Moga panjang jodoh korang sampai akhirat amin.

"Suka tengok Nonny dan Niezam Zaidi. Insya-Allah saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan awak berdua.

"Cepat-cepat kahwin tau. Boleh sweet-sweet. Semoga kekal ke jinjang pelamin dan ke syurga," tulis netizen.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Niezam mendedahkan sedang bercinta dan merancang untuk berkahwin dengan Nonny pada akhir tahun ini.



Niezam berhasrat untuk jadikan Nonny sebagai isterinya.

Dalam pada itu, Nonny ketika dihubungi mStar memberitahu dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja mencari publisiti dengan berkongsi video tersebut.

Nonny juga memohon maaf kepada semua orang yang tersinggung dan kurang senang melihat perkongsiannya itu.

"Sejujurnya saya tiada niat pun nak menunjuk atau sengaja nak minta orang puji. Bukan saja suka-suka pun nak muat naik video tersebut. Saya ingin berkongsi yang kami berkawan dari waktu susah hinggalah sekarang.

"Siapa yang ikut kisah saya di laman sosial, pasti memahami apa yang saya cuba sampaikan. Mungkin dalam kamera nampak seperti kami terlalu rapat tapi sebenarnya tidak. Ada jarak di antara kami juga.

"Apa-apa pun saya minta maaf jika perkongsian itu membuatkan ada pihak tersinggung dan kurang senang," kata Nonny.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nonny Nadirah, Niezam Zaidi,

Artikel Lain