suria

Isteri Ajak (Shiro) masuk hospital akibat denggi - “Dia seperti jantung dalam rumah kami... bila sakit semua jadi sunyi”

Ajak risau dengan keadaan isterinya yang alami demam denggi.

ISTERI kepada penyampai radio Suria FM Ajak Shiro iaitu Nur Afifah Amin mengalami demam denggi dan kini berada di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan sejak Rabu lalu.

Menurut Ajak, 34, pada mulanya isterinya mengadu tidak sihat sejak empat hari lalu dan menyangka dia hanya mengalami demam biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Isteri baca dulu mesej dihantar perempuan lain” - Ajak Shiro sedar belum mampu poligami



Isteri Ajak ditahan wad sejak Rabu.

"Isteri saya dah mula tak sihat sejak hari Isnin lalu lagi dan saya sudah bawa dia pergi klinik tapi waktu itu doktor kata hanya alami demam biasa sahaja.

"Sehingga hari Rabu dia masih tak sihat, saya terus bawa ke Pusar Perubatan Nilai. Bila diperiksa, dia disahkan mengalami demam denggi dan dia terus ditahan wad sehingga hari ini.," katanya kepada mStar.

Nasib baik pihak Suria FM memahami dan membenarkan saya ambil cuti.

AJAK SHIRO

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Sebelum ini, pelawak terkenal itu berkongsi foto isterinya mendapatkan rawatan di hospital di Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, biarpun dalam keadaan krisis penularan wabak Covid-19, Ajak meluahkan rasa syukur kerana dapat melawat isterinya di hospital setiap hari.

"Alhamdulillah walaupun tengah keadaan Covid-19 tapi hospital membenarkan ahli keluarga melawat tapi kena ikut langkah keselamatan. Jadi, setiap hari saya akan datang melawat dia.

"Tapi anak-anak saya tinggal di rumah sebab memang tak boleh datang dan saya juga hadkan pelawat. Hanya membenarkan ayah dan ibu mentua sahaja datang," katanya.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak dan Nur Afifah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dalam pada itu, Ajak meluahkan rasa syukur kerana Suria FM membenarkan dia mengambil cuti untuk menjaga dan menguruskan anak-anak sementara isterinya dirawat di hospital.



Ajak bersama isteri dan anak-anak mereka.

"Dah risau bila dapat tahu isteri demam sebab selalu dia yang buat kecoh di rumah. Dia seperti jantung dalam rumah dan bila sakit rumah jadi sunyi.

"Nasib baik pihak Suria FM memahami dan membenarkan saya ambil cuti. Sepanjang isteri di hospital memang saya yang menguruskan anak-anak di rumah.

"Agak kelam kabut tapi Alhamdulillah ibu saya tawarkan diri untuk datang membantu jaga cucu-cucunya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ajak Shiro, Suria FM, Denggi, Covid-19,

Artikel Lain