suria

Sarah Hildebrand luah rasa rindu, lebih setahun tidak jumpa bapa - “Saya sentiasa berdoa agar dia sihat”

Sarah sentiasa berdoa agar bapanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

KRISIS penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan pelakon Sarah Hildebrand tidak dapat bertemu bapanya yang kini berada di Amerika Syarikat.

Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, berkata sudah lebih setahun dia tidak dapat pulang ke negara itu untuk bertemu bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Hildebrand bergelar isteri kepada jejaka kacukan Filipina-Amerika - “Suami peluk Islam pada September lalu”

Menurut Sarah lagi, dia sentiasa berdoa kepada Allah untuk kurniakan kekuatan dan selalu menghubungi bapanya bagi memastikan keadaan baik sahaja.



Sarah meluahkan rasa rindu terhadap bapanya.

"Sudah setahun setengah juga saya tak balik dan berjumpa dengan bapa saya. Memang perasaan risau itu ada memandangkan Amerika antara negara yang tertinggil jumlah kes Covid-19.

"Tapi saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk bertenang dan membantu saya agar sentiasa kuat dalam menghadapi situasi sekarang.

"Saya selalu menghubunginya dan dia juga akan pastikan saya tahu keadaan dirinya baik-baik sahaja di sana," kata Sarah kepada mStar.

Sebelum ini, Sarah ada memuat naik luahan perasaan kerinduan terhadap bapanya yang berada di luar negara di laman Instagram miliknya dan berdoa agar diberi rezeki untuk ke sana.



Sarah bersama suaminya, Otto Gillen.

Dalam pada itu, Sarah berkata, hasrat untuk ke negara itu pada hujung tahun ini juga tidak dibenarkan oleh bapanya memandangkan krisis wabak yang masih menular.

"Kalau ikutkan perancangan saya nak balik dalam penghujung tahun ini tapi buat masa sekarang bapa saya nasihatkan untuk elakkan melancong ke sana memandangkan keadaaan di sana sangat teruk.

"Tapi kalau Allah mengizinkan, ada rezeki untuk ke sana, memang saya akan ke sana untuk menziarahi bapa saya. Dia tinggal berseorangan di sana tapi ada saudara-mara kami yang tinggal berdekatan.

"Selalunya saya memang lebih memilih untuk melawatnya di sana sebab saya sendiri membesar juga di sana dan boleh dianggap seperti kampung saya juga," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sarah Hildebrand,

Artikel Lain