suria

Azhan Rani tegur PBT layan warga emas - “Mesti ada sebab kenapa dia sanggup sehina itu mempertahankan barang-barangnya”

Pelakon Azhan Rani luah rasa kecewa terhadap sikap kurang sopan pihak berkuasa ketika menjalankan tugas.

PELAKON Azhan Rani meluahkan rasa sedih melihat seorang warga emas yang menerima layanan buruk daripada beberapa anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi sebuah video yang tular di media sosial pada Rabu.

Menurut Azhan, 44, pihak tersebut tidak wajar bersikap biadap dan menegur individu yang melakukan kesalahan secara kasar terutamanya golongan warga emas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia panggil aku ustaz!” - Hati Azhan Rani berbunga-bunga ditegur Nash di kedai makan

"Aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ni di Facebook. Tak pasti apa kisah sebenarnya... mungkin sahaja video lama atau baru.

"Apakah melaksanakan undang-undang memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam, hilang kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan undang-undang ini?



Azhan mengakui terkesan dengan tindakan pihak berkuasa yang berkelakuan biadap terhadap warga emas seperti dirakam dalam video tersebut.

"Apakah undang-undang menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia?" tulisnya.

Walaupun tidak mengetahui kisah sebenar disebalik video tersebut, Azhan berkata warga emas itu kemungkinan memulakan provokasi dan melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan seorang lelaki berusia lingkungan 70an cuba mempertahankan barang-barangnya daripada dirampas pihak berkuasa.

Pelakon drama Nur ini berkata ia mungkin satu-satunya punca rezeki lelaki itu dan tidak semua orang dilahirkan dengan kemewahan.



Azhan berharap pihak berkuasa lebih bertoleransi ketika berhadapan dengan orang awam.

"Aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. Mungkin saja provokasi pakcik tu atau kedegilan dia.

"Namun, di pihak pakcik tua tu pula mesti ada juga kenapa dia sampai sanggup sehina itu mempertahankan barang-barang dia. Kenapa sanggup dia jadi begitu?

"Kita tak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi," katanya.

Tambah Azhan, walaupun undang-undang diterapkan demi kesejahteraan rakyat dan negara, pelaksanaannya akan diterima baik orang awam jika PBT sendiri bersikap lebih sopan dan bertolak ansur.

Dalam pada itu, Azhan berharap agar pendapat yang disuarakan dapat dipertimbangkan pihak berkuasa demi keharmonian Malaysia.



Azhan berkata pelaksanaan undang-undang akan diterima baik orang awam jika penguatkuasa menghormati rakyat.

"Mungkin mana-mana PBT boleh memperhalusi cara menangani hal-hal seperti ini dengan lebih berhemah, mengelakkan perasaan dendam mahupun benci kepada pihak yang dikenakan tindakan juga orang awam yang memerhati.

"Kita di Malaysia yang penuh aman dan masih kuat dengan toleransi. Kita bukan negara bergolak seperti rakyat Palestin dan tentera Israel.

"Tulisan ini sekadar pendapat untuk Malaysia yang lebih harmoni dari kacamata seorang rakyat yang sehalus pasir. Mohon dapat dipertimbangkan untuk difikir-fikirkan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

aku terkesan bila terlihat rakaman video amatur pagi ni di fb. tak pasti apa kisah sebenarnya. mungkin sahaja video lama atau baru. tapi yang buat aku terkesan apakah melaksanakan undang2 memberikan lesen besar untuk kita menjadi biadap, kejam, hilang kesantunan terhadap orang tua dan golongan yang dikuatkuasakan dengan undang2 ini. apakah undang2 menolak segala pertimbangan kemanusiaan yang ada dalam diri individu yang seharusnya bergelar manusia.? aku pasti mesti ada cerita sebenar antara penguatkuasa yang sampai sekasar itu terhadap pakcik tua tu. mungkin saja provokasi pakcik tu atau kedegilan dia. namun, di pihak pakcik tua tu pula mesti ada juga kenapa dia sampai sanggup sehina itu mempertahankan barang2 dia. kenapa sanggup dia jadi begitu. kita tak dilahirkan sama rata mewah dan hidup ini kita punya nasib yang berbeza demi sesuap nasi. undang2 adalah kedaulatan yang harus dipertahankan, harus dihormati namun perlaksanaanya indah kalau menyantuni. asas untuk dihormati adalah menghormati. manakala kemanusiaan adalah naluri yang perlu sentiasa ada dalam diri yang membezakan kita dari haiwan atau sebarang mahkluk tuhan yang lebih keji. mungkin mana2 PBT boleh memperhalusi cara menangani hal2 seperti ini dengan lebih berhemah, mengelakkan perasaan dendam mahupun benci kepada pihak yang dikenakan tindakan juga orang awam yang memerhati. kita di malaysia yang penuh aman dan masih kuat dengan toleransi. kita bukan negara bergolak seperti rakyat palestine dan tentera israel. tulisan ini sekadar pendapat untuk malaysia yang lebih harmoni dari kacamata seorang rakyat yang sehalus pasir. mohon dapat dipertimbangkan untuk difikir2kan

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on Jul 14, 2020 at 7:14pm PDT

Azhan Rani

Artikel Lain