suria

Melampau! Anita Baharom berang tajuk 'misleading' jadi bahan sensasi YouTuber, guna foto bersalin 6 tahun lalu - “Ramai ingat saya sedang terlantar sakit”

Anita beri amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan keadaan kesihatannya sebagai bahan sensasi.

PELAKON Anita Baharom meluahkan rasa berang dan terkilan dengan tajuk sensasi berhubung keadaan kesihatannya yang dijadikan bahan untuk sebuah saluran YouTube.

Anita menerusi laman Instagram pada Rabu mengakui tajuk tersebut telah mengelirukan dan mengundang kebimbangan dalam kalangan rakan-rakannya yang beranggapan dia sedang terlantar sakit.

Menurut Anita, pihak tidak bertanggungjawab itu seakan-akan sengaja ingin mempermainkan tentang keadaan kesihatannya dengan tujuan meraih tontonan di saluran milik mereka.

"Saya kecewa dengan tajuk-tajuk sensasi yang digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saluran ini tidak pernah temu bual saya, hanya mengambil dari pihak lain tanpa kebenaran untuk di publish.

"Kejam! Tajuk yang misleading (salah tafsir) ini telah membuat saya sangat sedih dan pada yang sama rakan, jiran dan geng masjid semua hubungi saya ingat saya tengah terlantar sakit.



Saluran YouTube yang gunakan foto lamanya sebagai bahan sensasi.

"Pihak awak nak letak tajuk yang panas ini berkaitan dengan sakit dan keadaan kesihatan. Boleh ya mempermainkan keadaan kesihatan orang macam ini.

"Tajuk awak lain isi kandungan cerita yang pihak awak ambil daripada orang lain tak ada pun tentang netizen terkejut tengok keadaan. Saya positif dan lawan sakit saya ini kerana Allah." kata Anita.

Anita turut memuat naik paparan skrin tajuk di video tersebut yang mengatakan netizen terkejut melihat keadaan dirinya sedang terlantar sakit akibat derita penyakit lupus.

Baru-baru ini, pelakon Keluarga Iskandar The Movie itu mendedahkan sudah lebih sedekad dia bertarung dengan penyakit yang dikenali Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) atau lupus.

Cerita tentang saya sakit tak boleh jalan semua itu berlaku sebelum ini.

ANITA BAHAROM

PELAKON

Dalam pada itu, Anita memberitahu pihak tersebut juga telah menyalahgunakan gambarnya yang berada di hospital ketika melahirkan anak pada enam tahun lalu.

"Saya kuatkan semangat lawan sakit saya... senang-senang pihak awak gunakan tajuk tentang sakit saya ni dan gambar yang saya baru melahirkan anak di wad pada enam tahun lalu untuk mensensasikan artikel tersebut.

"Kalau nak jadi wartawan tolong la jadi wartawan yang beretika dalam membuat laporan. Jangan buat kerja mudah hanya memperlagiat hasil kerja orang," ujarnya.

Sementara itu, Anita meluahkan rasa syukur kerana keadaan dirinya lebih baik daripada sebelum ini walaupun masih lagi bertarung dengan penyakit tersebut.



Anita bersyukur keadaan dirinya semakin baik.

"Buat semua saudara mara, sahabat IG, FB dan semua yang mengenali saya... saya sekarang dalam keadaan sihat, tidak terlantar seperti tajuk artikel di atas. Ya saya pejuang SLE.

"Cerita tentang saya sakit tak boleh jalan semua itu berlaku sebelum ini. Yang mana sekarang Alhamdulillah Allah berikan kesihatan pada saya sedikit demi sedikit. Masih ada sakit tapi bukan la sekarang ini terlantar.

"Mohon doakan saya sembuh sepenuhnya. Kuasa Allah siapa yang tahu. Terima kasih atas doa kalian. Saya doakan Allah berikan kebaikan buat anda juga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Anita Baharom, lupus, Youtuber

Artikel Lain