suria

Ini betul-betul ‘gentleman’! Niezam Zaidi datang rumah jumpa ibu Nonny Nadirah - “InsyaAllah ada langkah seterusnya”

Niezam sudah bertemu ibu kepada Nonny semasa ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.

NAMPAKNYA sambutan ulang tahun kelahiran Nonny Nadirah pada tahun ini lebih bermakna apabila kekasih hati yang juga pelakon Niezam Zaidi mengadakan kunjungan istimewa ke rumah untuk bertemu ibunya.

Menerusi laman Instagram, Niezam berkongsi foto pertemuan tersebut dan memohon peminat mendoakan yang terbaik dalam perhubungan mereka.

"Alhamdulillah sudah jumpa mama (ibu Nonny). Doakan yang baik-baik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak tak senang hubungan cinta Nonny Nadirah, Niezam Zaidi - “Dia di sisi ketika saya lalui fasa paling bawah”

Selain ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-31 kekasihnya itu, Niezam turut memberitahu sedang merancang untuk meneruskan perhubungan ke fasa perkahwinan.

Niezam kongsi foto pertemuan dengan ibu Nony Nadirah.

"Selamat hari jadi Nonny Nadirah, semoga Allah merahmati awak serta keluarga dan berjaya dunia akhirat!

"Terima kasih untuk segalanya, InsyaAllah next step ahead... senyum selalu okay!," ujarnya.

Sementara itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya pasangan ini segera mendirikan rumah tangga.

Niezam merancang untuk mengahwini Nonny pada tahun ini.

"Comel la pasangan ini... nampak sesuai sangat! Seronok tengok kalian berdua gembira, semoga dipermudahkan urusan anda dan kami doakan hubungan korang kekal bahagia selalu.

"Alhamdulillah dah jumpa emak, semoga urusan mendirikan rumah tangga dipermudahkan ya Niezam dan Nonny," komen pengikut.

Sebelum ini menerusi laporan mStar, Niezam mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang akhir tahun ini.

Meskipun ada beberapa kenalan menyatakan rasa sangsi dengan hala tuju perhubungan mereka, namun dia nekad meneruskan perhubungan itu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain