suria

Zarina Anjoulie kongsi gambar mentua, netizen kagum tak memilih menantu - “Alhamdulillah... macam ni la dipanggil orang-orang beriman”

Zarina diterima baik keluarga mentuanya.

SEJAK dua tiga hari kebelakangan ini timeline di Instagram pelakon sensasi Zarina Anjoulie dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan pada hari pernikahannya bersama suami, Eilyas Azhar.

Ternyata perkongsian berkenaan cukup disenangi para pengikutnya apabila mereka membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain mendoakan kebahagian pasangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie tamat zaman janda, dipercayai sudah berkahwin dengan jejaka pilihan pada Jumaat

Antara yang mencuri perhatian ialah gambar Zarina yang lebih mesra disapa Anju bersama ibu bapa mentuanya.

"Saya sayang keluarga mentua saya. Terima kasih banyak-banyak dan Alhamdulillah. Keluarga belah Yas (Eilyas)," tulis Zarina.

Rata-rata netizen meluahkan rasa senang hati dengan penerimaan baik keluarga Eilyas terhadap Zarina yang sering terpalit dengan kontroversi selama bergelar anak seni.

Zarina bersama suaminya, Eilyas Azhar.

"Antara artis yang nikah tapi masih jaga aurat. Tengok keluarga mentua pun bagus... siapa kita nak menilai orang. Tahniah!

"Alhamdulillah Anju dapat keluarga mentua baik-baik. Semoga kebaikan berpanjangan. Didoakan juga kedua pengantin baru bahagia hingga ke syurga Allah.

"Keluarga mentua yang baik untuk Anju. Semoga perkahwinan dengan Yas akan membawa berkat dan kekal hingga ke jannah. Cepat-cepat tambah anak.

"Bangga sangat dengan keluarga Yas sebab tak memilih langsung calon menantu. Macam ni la dipanggil, orang-orang beriman. Tak layak nak menghakimi orang sesuka hati," komen beberapa netizen.

Zarina bergambar bersama bapanya di perkarangan Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Zarina sering dihimpit pelbagai kontroversi dengan pakaian menjolok mata dan aksi lucah yang tersebar di laman sosial.

Zarina dipercayai melangsungkan pernikahan bersama Eilyas pada 17 Julai lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercerai pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain