suria

Kerajaan tiada niat sekat kebebasan karya media sosial, menteri janji perbaiki akta

Saifuddin tampil menjelaskan kenyataannya berhubung lesen Finas.

SELEPAS banyak pihak menyuarakan bantahan terhadap kewajaran memperkenalkan peraturan untuk mewajibkan penerbit filem memohon lesen, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah tampil menjelaskan kekeliruan.

Menurut Saifuddin, kerajaan tidak bermaksud untuk menyekat rakyat di negara ini untuk berkarya di media sosial selari dengan perkembangan teknologi.

ARTIKEL BERKAITAN: Main TikTok pun kena ada lesen? YouTuber Alieff Irfan persoal kewajaran kerajaan perkenal lesen Finas kepada ‘influencer’ baru nak up

“Perlu ditegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan akta ini untuk menyekat kebebasan peribadi individu dan media sosial iaitu fenomena yang tidak wujud ketika akta digubal," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Tambah Saifuddin, laporan awal berhubung peraturan agar penerbit filem termasuk agensi media arus perdana atau media individu (personal media) wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) adalah tidak tepat.

Oleh demikian kami di KKMM terbuka untuk menerima cadangan dalam memperbaiki akta tersebut.

DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

“Terdapat laporan yang tular berkaitan keperluan lesen Finas untuk perfileman berikutan jawapan saya kepada soalan yang ditujukan oleh Ahli Parlimen Kluang di Dewan Rakyat pada pagi ini.

“Ketika menjawab soalan itu, saya hanya menerangkan tentang undang-undang sedia ada, iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta 244) yang diluluskan Parlimen pada tahun 1981.

“Pada 1981, teknologi semasa itu tiada langsung media sosial seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, ” katanya.

Dalam pada itu Saifuddin memberitahu pihaknya mengambil maklum bahawa akta tersebut perlu ditambahbaik dan akan menilai semula semua undang-undang berkaitan.



YouTuber Alieff berpendapat keputusan kerajaan itu seolah-olah menyekat kebebasan golongan muda untuk berkarya menerusi media sosial.

“KKMM ambil maklum bahawa akta ini perlu pernambahbaikan. Ini telah pun saya nyatakan dalam sidang media Kad Laporan 100 hari saya sebagai Menteri KKMM pada 20 Jun lalu, iaitu KKMM sedang menilai semula semua undang-undang di bawah pengawasannya.

“Oleh demikian kami di KKMM terbuka untuk menerima cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja akta dibahaskan pagi tadi, malah semua undang-undang di bawah pengawasan KKMM supaya bersesuaian dengan kehendak masa, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain