suria

Pembantu lupa tutup api dapur, rumah Zizie Ezette hampir terbakar - "Kalau dia tak nampak... tak beraya la kami!”

Zizie menganggap anak angkat lelakinya sebagai hero.

PELAKON Zizie Ezette berkongsi peristiwa cemas apabila rumahnya hampir dijilat api semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat.

Zizie atau nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad, 42, bagaimanapun menarik nafas lega apabila anak angkatnya Aaric Zayn Izette yang berusia dua tahun menyedari perkara itu dan segera memberitahu dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak guna kabel, Zizie Ezette ambil seorang lagi anak angkat - “Sebelum ini sibuk mengandung dan beranak tiga tahun berturut-turut”

"Hero kami, Aaric Zayn.

"Kalau dia tak berlari naik atas bagitahu dapur terbakar memang tak beraya kami hari ni," tulisnya di Instagram.



Foto Zizie bersama anak-anaknya yang dikongsikan di Instagram.

Zizie berkata kejadian itu disebabkan kecuaian salah seorang pembantu rumahnya yang terlupa untuk mematikan api dapur.

Bagaimanapun, aktres itu bersyukur kerana tiada kejadian lebih serius berlaku pada mereka sekeluarga.

"Kecuaian salah seorang pembantu kami yang terlupa nak tutup dapur gas.

"Syukur Alhamdulillah, tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku," ujarnya.

Saya nak berterima kasih pada dia kerana dia selamatkan kami semua.

ZIZIE EZETTE

PELAKON

Menerusi video yang dikongsikan, Zizie menjelaskan perkara itu sambil meminta anaknya menceritakan semula bagaimana insiden tersebut berlaku.

Aktres itu turut mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya itu kerana menyelamatkan mereka sekeluarga.

"Awak nampak api besar warna merah di dapur tadi, lepas tu awak naik atas dan beritahu kakak Jesi kan?

"Mummy dengar awak panggil mummy dan cakap ada api di dapur.



Zizie bersama suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar.

"Saya nak berterima kasih pada dia kerana dia selamatkan kami semua. Aaric, awak hero kami.

"Kalau dia tak nampak api tu, Nauzubillah Min Zalik... rumah kami dah terbakar dah tadi," katanya.

Aaric Zayn merupakan salah seorang daripada dua anak angkat Zizie dan suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar, selain Nayla Nurhenna yang kini berusia empat tahun.

Pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aleph Zeke Izette, 3, dan seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette yang berusia lapan bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain