TIDAK terlalu mencari kesempurnaan, finalis Hero Remaja, Jabir Meftah berkata, dia hanya mahukan seorang wanita yang memahami dan sudi mendengar. Kata Jabir, 20, dia juga memilih pasangan yang saling melengkapi dalam melayari kehidupan berumah tangga. ARTIKEL BEKAITAN: Finalis Hero Remaja, Aniq Suhair diserang ‘army BTS’ gara-gara gambar leher dan rambut panjang! - “Mereka ingat itu foto Taehyung” "Kalau nak cari yang sempurna takkan jumpa la sebab semua orang ada kekurangan masing-masing. "Apa yang saya nak ialah seseorang wanita yang memahami dan sudi mendengar. Jabir idamkan pasangan yang saling melengkapi. "Rasanya kalau dah melangkah ke alam perkahwinan tu, semua benda yang kita buat dia akan ikut. "Kalau saya masak dia akan ikut masak, kalau saya solat dia pun akan solat, yang penting kami saling melengkapi," katanya kepada mStar. Bercerita tentang pengajaran yang diperoleh selepas tamat program Hero Remaja, pemilik nama Jabir Jilani Meftah ini berkata dia kini mempunyai lebih ramai kenalan. Jabir yang mendapat tempat keempat dalam pencarian bakat itu berkata, dia sedang menggilap bakat lakonannya dari semasa ke semasa. Kalau nak cari yang sempurna memang takkan jumpa. JABIR MEFTAH FINALIS HERO REMAJA "Alhamdulillah, impak saya dapat lepas habis program ni adalah saya dapat lebih ramai kenalan jadi ia satu kelebihan untuk saya. "Kalau dulu saya tak boleh berlakon, sekarang saya dah boleh berlakon," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Jabir yang juga presiden Youth Care Malaysia sedang giat mengumpul barangan terpakai untuk didermakan kepada orang yang memerlukan. Barangan seperti pakaian, alat tulis mahupun barangan elektrik yang diterima akan disumbangkan kepada keluarga-keluarga asnaf seluruh Malaysia. Jabir menduduki tempat keempat dalam program Hero Remaja 2020. Jabir juga sedang menjalani penggambaran drama Juliet yang bakal ditayangkan di RTM tidak lama lagi. Sebelum ini, Jabir pernah mencuri perhatian ramai gadis yang terpikat dengan ketampanannya selepas muncul sebagai pengiring penyampai anugerah di Anugerah MeleTop Era 2019. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!