suria

Isteri Shukri Yahaya tayang wajah anak kedua, pilih nama Maleeq Miqayl - “Masa nak bersalin tu saya buat gimik sikit sampai doktor cuak!”

Netizen puji wajah anak kedua Shukri ikut muka isterinya, Tya Adnan.

SELEPAS lapan hari melahirkan cahaya mata kedua, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan buat pertama kali berkongsi wajah anak lelakinya yang diberi nama Maleeq Miqayl.

Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, turut memuat naik video selepas tiga jam anak keduanya lahir pada 20 Julai lalu di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Shukri Yahaya selamat timang anak lelaki, lengkap sepasang

Malah, menerusi kapsyen di perkongsian tersebut Tya memberitahu ada sesuatu kejadian yang berlaku ketika proses bersalin sehingga doktor dan jururawat panik.



Tya kongsi video selepas tiga jam anaknya dilahirnya.

"Assalamualaikum semua. Nama saya Maleeq Miqayl. Video pertama itu, saya baru berusia tiga jam saja dekat dunia ni tau. Mummy bersalinkan saya normal 2.78 kilogram.

"Hari isnin 20 Julai 2020 pukul 2.18 petang. Masa nak bersalin tu saya ada buat gimik sikit dalam labour room tau. Sampai doktor and semua midwife cuak. Nakal kan saya?

"Gimik apa tu? Haaa... nanti suruh mummy cerita ok. Ok bai. Maleeq sayang semua orang!" tulis Tya di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan memuji kecomelan Maleeq banyak mengikut raut wajah ibunya.



Shukri dan Tya juga mempunyai seorang anak perempuan.

Menerusi laporan mStar pada 20 Julai lalu, Shukri meluahkan rasa syukur dan teruja apabila isterinya iaitu Tya Adnan selepas melahirkan anak lelaki mereka.

Tya mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama popular 7 Hari Mencintaimu 2 pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan itu juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tya Adnan, Shukri Yahaya, sensasi, anak, hiburan,

Artikel Lain