suria

Bekas isteri Da'i Farhan titip pesanan untuk wanita, usah rendahkan peranan lelaki dalam keluarga! - “Ada yang dah rujuk balik pun masih kena maki hamun”

Erin dakwa sudah diceraikan Da'i Farhan pada April lalu.

BEKAS isteri kepada pendakwah bebas, Da'i Nik Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin menasihati wanita agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk pengorbanan yang dilakukan sebagai ibu sehingga merendahkan peranan lelaki dalam keluarga.

Erin menerusi laman Instagram miliknya berkata, seseorang wanita itu perlu sedar bahawa mereka tidak akan dapat menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak tanpa adanya seorang lelaki yang bergelar bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diceraikan Da'i Farhan, Dr Erin alami keguguran - “Aku serahkan urusan rezekiku kepada Allah”

"Wahai Hawa janganlah kita menjadi wanita yang hanya ingin orang melihat pengorbanan kita sahaja. Tanpa Adam yang sudi memperisterikan kita belum tentu kita menjadi permaisuri.



Erin berkongsi nasihat itu di laman Instagram miliknya.

"Tanpa suami belum tentu kita merasa menjadi seorang umi. Suami atau isteri masing-masing ada pengorbanan dalam rumah tangga ni," ujarnya.

Dalam pada itu, Erin turut meminta netizen tidak masuk campur dalam pergolakkan yang berlaku dalam sesebuah hubungan suami isteri.

Katanya, netizen juga perlu sedar kata-kata kesat yang dilemparkan itu hanya menambahkan dosa dan perlu meminta maaf kepada pasangan itu di akhirat kelak.

"Suami isteri yang bergaduh ini paling lama enam bulan saja.

Suami atau isteri masing-masing ada pengorbanan dalam rumah tangga ni

DR ERIN

BEKAS ISTERI DA'I FARHAN

"Ada yang dah rujuk balik dah pun tapi netizen yang maki hamun kutuk sampai lebam tu bawa dosa sampai liang lahad. Sampai kiamat esok kena cari mereka yang kita kutuk tu,” katanya.

Sebelum ini, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi mendakwa dia sudah diceraikan pada 27 April 2020 oleh Da’i Farhan.

Menurut Erin, perceraian itu atas permintaannya dan keputusan tersebut dicapai hasil persetujuan bersama demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madunya, Fatin Nurul Ain.

Dalam pada itu, Erin turut memberitahu Allah akan memudahkan urusan dan dia dapat menjalani kehidupan dalam keadaan baik jika menerima apa yang telah terjadi.



Erin pernah alami keguguran selepas diceraikan.

Menerusi laporan mStar pada 19 Jun lalu, Erin berkongsi berita sedih bahawa dia mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia dua bulan.

Kisah pasangan itu mula hangat diperkatakan selepasa Da'i Farhan mendedahkan dia sudah berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah pada November tahun lalu.

Ia menjadi hangat apabila Da'i Farhan dilaporkan menceraikan isterinya, Fatin Nurul Ain selepas terdapat campur tangan pelbagai pihak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain