suria

Aweera pernah alami depresi akibat kecaman - “Keluar benda baik tiada pula orang nak ambil tahu”

Aweera sudah lali dengan kecaman netizen.

LUMRAH menjadi selebriti, penyanyi Aweera berkata, dia tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan netizen sehingga pernah berdepan dengan depresi.

Bagaimanapun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, dia mula belajar untuk meneruskan kehidupan tanpa terlalu memikirkan kata-kata orang sekelilingnya.

"Saya sudah lali dengan tohmahan orang. Apabila keluar dengan benda baik, tiada pula orang nak ambil tahu. Apabila benda tak baik, cepat sahaja cerita kurang enak bertebaran.

Sebagai orang Islam bukankah lebih baik kita mendoakan kebaikan, bukannya menjatuhkan orang lain.

AWEERA

PENYANYI

"Bagi saya, tak perlu lagi menoleh ke belakang. Jika memandang ke belakang, saya akan mengalami depresi. Saya tak menafikan, mengalami sedikit depresi apabila dihentam.

"Contohnya, apabila saya bersama Pelita Lusoh, ada sahaja yang bercakap mengenai perangai saya, seolah-olah mendoakan perkara tidak baik.

"Sebagai orang Islam bukankah lebih baik kita mendoakan kebaikan, bukannya menjatuhkan orang lain," kata Aweera kepada mStar.



Pelita Lusoh tampil dengan lagu ketuhanan dan produk kecantikan Ali Zahraa Medina.

Ahli kumpulan Pelita Lusoh itu ditemui ketika sidang media pelancaran lagu terbaharu mereka berjudul Kembara Nabawi dan produk kecantikan Ali Zahraa Medina di Hotel Gran Millennium, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita mengenai lagu terbaharu yang berjudul Kembara Nabawi, Pelita Lusoh yang dianggotai oleh Aweera, Anep dan Alan berkata penampilan rock tidak menghalang mereka untuk membawa lagu ketuhanan.

"Mungkin orang nampak penampilan kami ini rock dan tak sesuai untuk bawa lagu ketuhanan. Tapi kami tidak kisah dan apa yang kami mahu menyampaikan mesej dalam lagu tersebut," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain