suria

Suami tak izin Izreen Azminda berlakon, takut keluarga terabai - “Saya pula jenis tak percaya orang jaga anak”

Izreen bimbang mengenai keselamatan anak-anak jika dia terpaksa menjalani penggambaran untuk tempoh masa yang lama.

PELAKON Izreen Azminda mengakui rindu untuk kembali aktif dalam dunia lakonan seperti sebelum ini.

Menurut Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 35, dia terpaksa menolak banyak tawaran drama yang memerlukan komitmen masa yang panjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda dan Ude muncul di mahkamah syariah... “Jangan salah anggap, kami okey”

"Saya akui memang rindu nak jalani penggambaran. Dah lebih 11 tahun saya berlakon. Rindu nak kembali aktif macam dulu-dulu tapi memandangkan saya sudah ada keluarga, jadi ia agak menyukarkan.



Suami Izreen iaitu Ude tidak benarkan dia berlakon drama panjang.

"Saya banyak juga terima tawaran drama episod yang panjang tapi buat masa sekarang memang tak dapat nak berikan komitmen sepenuhnya... suami pun tak benarkan.

"Dia takut nanti tak ada orang yang boleh jaga anak-anak kami. Saya pula jenis tak percaya orang jaga anak, nak minta tolong ibu... dia pun dah tak larat," kata Izreen kepada mStar.

Izreen ditemui ketika sidang media pelancaran produk kecantikan Ali Zahraa Medina dan lagu terbaharu Pelita Lusoh berjudul Kembara Nabawi di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saya pula jenis tak percaya orang jaga anak, nak minta tolong ibu... dia pun dah tak larat

IZREEN AZMINDA

PELAKON

Baru-baru ini, kehadiran Izreen dan suaminya Ude Wahid di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menimbulkan spekulasi mengenai situasi rumah tangga mereka.

Ketika dihubungi mStar pada 22 Julai lalu, Izreen menafikan perkahwinannya berhadapan masalah dan sebaliknya menjelaskan kehadiran mereka ke mahkamah hanya untuk membayar denda selepas berpoligami tanpa kebenaran.

Izreen brekahwin dengan pemuzik yang dikenali sebagai Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 32, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia ketika Ude masih bergelar suami kepada Intan Liana.



Izreen bersama suami dan anak-anak.

Pada 22 Mac 2018, Ude bagaimanapun telah menceraikan isteri pertamanya itu selepas lima tahun berkahwin dan mereka mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri yang berusia tiga tahun.

Manakala Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan hasil perkongsian hidup itu dia dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang berusia tujuh tahun.

Izreen dan Ude pula, mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia satu tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain