SUSULAN isu pelakon Amerul Affendi yang mendedahkan nama ditolak untuk membintangi drama disebabkan kurang pengikut di Instagram, pelakon Idzham Ismail mengakui pernah melalui perkara sama. Idzham atau nama sebenar Muhammed Idzham Ismail, 32, berkata, dia pernah berada di situasi itu ketika mula menceburkan diri dalam dunia lakonan sembilan tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi kena ‘reject’ stesen TV sebab Instagram ‘sendu’ - “Nak beli followers rasa macam menipu, apa patut saya buat?” ARTIKEL BERKAITAN: Amerul Affendi makin popular, mula bimbang followers IG naik mendadak - “Benarkah jika lantang bersuara job akan kurang?” Bagaimanapun, pelakon Juvana ini berkata, dia tidak pernah putus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon biarpun berdepan cabaran itu. "Saya pun alami situasi sama, ditolak kerana tidak cukup popular tetapi saya tidak mengalah dan anggap ianya satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan saya. Orang senang dengan kita, InsyaAllah pengikut tak banyak pun akan diberi peluang. IDZHAM ISMAIL PELAKON "Yang penting jaga disiplin diri dan kelakuan di semua tempat. Orang senang dengan kita, InsyaAllah pengikut tak banyak pun akan diberi peluang," jelasnya. Idzham akur stesen televisyen ada sebab tersendiri pilih pelakon popular. Sementara itu, Idzham berkata, dia turut bersetuju pihak stesen televisyen mempunyai pendapat dan alasan tersendiri dalam memilih pelakon berdasarkan populariti. Tambahnya, populariti juga memainkan peranan penting untuk menarik perhatian penonton. "Pihak stesen televisyen ada sebab tersendiri kenapa mereka pilih barisan pelakon dari aspek populariti dan pengikut laman sosial. "Bagi pendapat saya, bakat sangat diperlukan untuk pelakon itu menjayakan sesuatu watak, tetapi populariti juga diperlukan untuk menarik minat penonton untuk menonton sesebuah karya tu," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!