suria

Sara Ali jadi pengkritik K-drama, puji It's Okay To Not Be Okay - “Tapi The King: Eternal Monarch jauh lebih teruk!”

Sara memuji lakonan pelakon utama iaitu Oh Jung-se, Kim So-hyun dan Seo Ye-ji.

PELAKON Sara Ali memuji jalan cerita dan barisan pelakon drama bersiri Korea popular berjudul It's Okay To Not Be Okay yang kini menjadi bualan di media sosial.

Sara, 30 berkata kekuatan drama tersebut bukan sahaja terletak pada skrip namun barisan pelakon utama iaitu Oh Jung-se, Kim So-hyun dan Seo Ye-ji yang menghidupkan jalan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Sara Ali Selama Ini Bertudung Bukan Kerelaan Hati

Malah, Sara juga memberi pujian kepada pengarah serta krew produksi yang menjadi tulang belakang drama tersebut sehingga dapat menarik perhatian penonton.

Saya rasa pengarah dan team produksi pun memainkan peranan kuat untuk cerita ni. A-team! Love story tak klise

SARA ALI

PELAKON

"Drama It’s Okay To Not Be Okay lagi best daripada segi jalan cerita dan pelakon. Oh Jung-se, Kim So-hyun dan Seo Ye-ji merupakan line up yang sesuai untuk cerita ni. Ini favourite saya.

"Kekuatan cerita ni bukan disebabkan skripnya sahaja, pelakon mainkan peranan yang penting. Ketiga-tiga pelakon ini langsung tidak memberi ruang untuk kita memilih siapa yang kita akan suka.

"Saya suka semua. Saya rasa pengarah dan team produksi pun memainkan peranan kuat untuk cerita ni. A-team! Love story tak klise," kata Sara.

Pelakon drama Pesan Pada Hati itu berkongsi pendapatnya menerusi Instagram miliknya dan rata-rata netizen turut bersetuju serta memuji drama tersebut.

Sara berpendapat kekuatan drama It's Okay To Not Be Okay disebabkan barisan pelakon utama.

Drama It's Okay To Not Be Okay yang mempunyai 16 episod masih ditayangkan menerusi Netflix pada setiap Sabtu dan Ahad.

Dalam pada itu, Sara juga membuat perbandingan karya itu dengan drama bersiri popular The King: Eternal Monarch kerana dikatakan tidak mempunyai jalan cerita yang kemas.

Bukan itu sahaja, kata Sara penonton turut tidak mengambil kisah mengenai lakonan pelakon utama Lee Min-ho yang dilihat teruk.

"The King: Eternal Monarch jauh memang lebih teruk. Banyak ruang kosong yang sampai sekarang buat penonton lost along the way.

"Tapi disebabkan semua die hard fan Lee Min-ho, sampai lakonan dia yang teruk pun orang ketepikan. Yang bagus pun sebab ada Kim Go-eun dan Woo Do-hwan je," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain