suria

Biawak muncul dalam bilik tidur, isteri Izzue Islam panik sampai terjun tangga - “Saya dengar bunyi bising, rupa-rupanya...”

Izzue kongsi video biawak muncul dalam rumahnya di YouTube.

GARA-GARA terlalu panik melihat kemunculan mengejut seekor biawak di pintu bilik tidur, isteri kepada pelakon dan penyanyi Izzue Islam iaitu Awin Nurin 'lari tak cukup tanah' untuk menyelamatkan diri.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, disebabkan insiden itu kaki kanan isterinya bengkak dan lebam akibat terjun dari tangga ketika ingin melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga Izzue, Awin tidak terjejas dengan cemuhan - “Dah 7 tahun orang masih mengata macam-macam”

"Ketika itu Awin baru keluar dari bilik air dan tiba-tiba nampak kepala biawak keluar dari pintu bilik tidur. Kerana terlalu takut dan panik, Awin pun berlari la sebab ingatkan biawak itu kejar dia.



Biawak seberat 3 kilogram masuk dalam rumah Izzue.

"Masa kejadian itu berlaku, saya tengah mandi di bilik air bawah. Saya dengar bunyi bising orang turun tangga dengan kuat. Rupa-rupanya Awin terjun dari tangga atas ke bawah sebab nak selamatkan diri daripada biawak itu.

"Kaki kanan Awin bengkak dan lebam sebabkan insiden itu. Selepas itu, kami terus hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk tangkap biawak tersebut," kata Izzue kepada mStar.

Awin terpaksa ikut saya pergi shooting juga sebab dia jadi trauma nak duduk rumah seorang diri.

IZZUE ISLAM

PELAKON & PENYANYI

Sebelum ini, Izzue mendedahkan isterinya cedera akibat terjun dari tangga ke bawah rumah gara-gara panik ketika melarikan diri dari seekor biawak seberat 3 kilogram di laman Instagram miliknya.

Bekas anggota kumpulan Forteen itu juga memuat naik video memperlihatkan Awin terhincut-hincut berjalan sambil kaki sebelah kanannya berbalut.

Dalam pada itu, Izzue memberitahu keadaan kaki Awin semakin pulih dan bengkak pun sudah susut namun isterinya menjadi trauma untuk duduk di rumah seorang diri.

Awin ikut Izzue pergi shooting kerana takut duduk rumah seorang diri.

"Alhamdulillah Awin dah okey dan dia pun dah boleh jalan cuma ada lagi lebam. Bengkak pun dah berkurangan. Selepas insiden itu, kami terus ke klinik dan doktor pun sudah beri injection untuk susutkan bengkak.

"Awin terpaksa ikut saya pergi shooting juga sebab dia jadi trauma nak duduk rumah seorang diri. Yela... bimbang kalau biawak atau haiwan lain masuk rumah kami lagi.

"Sekarang ini, tak tahu lagi macam mana biawak itu boleh masuk rumah. Tapi kami syak, mungkin dia masuk dari bumbung. Insya-Allah ada masa nanti saya nak minta tolong tukang rumah periksa kawasan itu," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain