suria

“It's a boy!” - Usia kandungan cecah lima bulan, Hetty Sarlene dedah jantina anak pertama

Hetty Sarlene berkongsi jantina cahaya mata sulungnya di Instagram.

USIA kandungan memasuki lima bulan, penyanyi Hetty Sarlene mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Hetty, 36, dan suaminya Dani Aqiil berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah posting di laman sosial pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Hetty Sarlene hamil anak pertama selepas empat tahun berkahwin - “Setiap keajaiban ambil masa untuk tiba”

"It's a boy (Kami bakal timang anak lelaki)," tulis Hetty ringkas.

Dah agak dah... anak lelaki. Tahniah Hetty dan suami.

NETIZEN

Ruangan komen entri itu turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat Hetty.

"Tahniah kepada anda berdua.

"Alhamdulillah... dah agak dah... anak lelaki. Tahniah Hetty dan suami.

"Alhamdulillah semoga dipermudahkan bersalinnya nanti," komen beberapa peminat.



Hetty bersama suaminya, Dani Aqiil.

Pada 14 Julai lalu, Hetty menerusi Instagram miliknya mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun berkahwin.

Hetty dan Dani dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Januari 2021.

Penyanyi kelahiran Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Dani atau nama asalnya Daniel Oakes yang berasal dari London, England pada 23 Julai 2016.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain