PENYANYI Hanie Soraya mengakui sedih menjadi peserta pertama tersingkir dalam program Big Statge musim ketiga (Big Stage 2020) yang bersiaran secara langsung pada Ahad. Kata Hanie atau nama sebenar Hanie Soraya Taha, 25, masih banyak kebolehan yang ingin ditonjolkan pada minggu-minggu akan datang namun reda dengan keputusan yang diterima. ARTIKEL BERKAITAN: “Minggu ini out of tune!” - Hanie Soraya pula ‘sasaran’ Ajai, jadi peserta pertama tersingkir Big Stage 2020 "Siapa tak sedih? Sebab saya rasa saya ada banyak lagi untuk tunjukkan kepada orang. "Kita pun dah dapat tema dari pihak produksi sehingga minggu keempat. Saya rasa kekurangan saya tu mungkin pada awal persembahan tadi. HANIE SORAYA PENYANYI "Saya mahu minggu-minggu seterusnya akan buat lebih baik tapi nak buat macam mana kita dah tersingkir, rezeki sampai situ sahaja," katanya kepada mStar. Bercerita tentang punca dia tersingkir daripada program itu, Hanie berkata dia tidak dapat fokus pada nyanyian kerana terganggu dengan susunan persembahan. "Saya rasa kekurangan saya tu mungkin pada awal persembahan tadi. Saya ada masalah nak buka baju tadi yang buat saya hilang fokus sekejap sampai intro terkucil," ujarnya. Hanie yang menyanyikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow tersingkir selepas menerima markah keseluruhan sebanyak 57 peratus. Hanie menyanyikan lagu Ku Bahagia pada minggu kedua Big Stage 2020. Antara peserta yang layak ke minggu seterusnya ialah Farisha Iris, Nana Sheme, Sandra Dianne, Usop, Qody Rani, Fadh Majid, Amir Hassan, Yamani Abdillah, Hafiz Zainal, Dinie Rashid dan Azzam Sham. Big Stage 2020 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Juara pertandingan ini akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!