suria

Baru belasan tahun, Zaki Yamani malu-malu diusik bercinta dengan pelakon cilik Qistina Raisah - “Hah ni bau dah nasi minyak dia... sepadan”

Zaki dan Qistina Raisah hanya kawan.

SPEKULASI hubungan antara penyanyi remaja Zaki Yamani dan pelakon cilik Qistina Raisah timbul selepas mereka sering memuat naik foto dan video bersama.

Zaki atau nama sebenar Ahmad Zaki Yamani, 14, bagaimanapun berkata, hubungan rapat itu hanya sekadar kawan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani pengsan semasa buat IG live - “Tunggu keputusan ujian darah bimbang ada jangkitan”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani enggan tumpang populariti bapa - “Jarang tengok baba nyanyi... dia pun baru tahu saya ada lagu”

"Sekarang ni kami hanya berkawan baik.. kalau lebih dari itu, saya tak tahu nak jawab macam mana," katanya kepada mStar.

Berkongsi kisah kali pertama bertemu, anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ini berkata, dia mula berjumpa dengan Qistina, 12, di sebuah pusat beli belah selepas diperkenalkan oleh kawan mereka.

Sekarang ni kami hanya berkawan baik.

ZAKI YAMANI

PENYANYI

Walaupun menafikan sering berhubung, penyanyi lagu Percayaku ini berkata mereka banyak meluangkan masa bersama dengan bermain permainan atas talian (online) popular PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG).

"Kami kenal selepas habis PKP. Masa tu saya keluar bersama kawan-kawan di shopping mall. Salah seorang kawan saya bawa dia bersama... di situ kami mula berjumpa dan berkenalan.

"Nak kata rapat tu, setakat ni kami tidak la setiap hari berbalas pesanan ringkas atau sebagainya tapi kami sempat la main PUBG semalam (Ahad) bila dia ajak," ujarnya.

Dalam pada itu, peminat mula membanjiri ruangan komen Instagram Zaki dan menyokong hubungan mereka berdua.



Zaki Yamani bersama Qistina Raisah.

"Hah ni bau dah nasi minyak dia. Macam dah sepadan.

"Semut penuh sangat ni dalam telefon saya," komen beberapa pengikut Instagram Zaki.

Dalam perkembangan lain, Zaki bakal melancarkan single terbaharu berjudul Sebelummu tidak lama lagi.

Penggambaran video muzik bagi single tersebut akan dijalankan bermula hujung September ini.

Untuk rekod, Zaki merupakan anak Jamal menerusi perkahwinannya bersama Fatimatuzahra Samat, 39, pada Disember 2005 dan bercerai pada 15 Mei 2007.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain