suria

“Saya pernah tertinggal dompet di timbunan beras lepas tu...“ - Hafreez Adam kongsi amalan solat Dhuha, surah Al-Waqiah punca rezeki tidak putus

Hafreez Adam berkongsi amalan solat Dhuha memberi semangat baharu dalam hidupnya.

PERNAH berasa putus asa, pelakon Hafreez Adam memberitahu amalan solat sunat Dhuha dan surah Al-Waqiah dapat mengembalikan kekuatannya untuk meneruskan kehidupan seharian.

Hafreez, 30, menyedari kesan positif dari amalan yang dilakukan apabila bantuan dan rezeki datang tanpa henti.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafreez Adam dedah pernah berdepan depresi hingga cederakan diri sendiri - “Aku sudah tidak waras, botakkan sebelah kepala kerana marah... kerana kemurungan”

"Ada perkara yang terjadi, yang membuatkan saya terasa macam putus asa. Saya dah bersedia untuk lepaskan satu perkara. Tapi saya buat solat Dhuha sekejap.

"Lepas tu masa sampai di gim, saya dihubungi oleh dua orang hamba Allah yang sedang cuba untuk bantu saya menyelesaikan beberapa perkara yang saya dah give up tu.



Hafreez terkejut dompet yang tertinggal di pasar raya masih ada dan tidak berusik.

"Dan perkara-perkara baik terus jadi. Antaranya ialah kenalan cuba untuk tolong saya tentang urusan-urusan penting membabitkan masa depan dan ada seorang pengurus syarikat ni siap bercakap di telefon dengan saya sampai setengah jam sebab nak berkongsi tips untuk memudahkan kerja saya.

"Yang kedua, kawan pula kongsi tips dan ilmu tentang bisnes. Dah la kongsi tips dan ilmu, siap tolong selesaikan urusan kerja yang bukan kepakaran saya. Sekarang urusan tu dah selesai. Alhamdulillah," tulisnya.

Selain itu, pelakon drama Monalisa ini berkata, dia juga menyedari rezekinya dalam perniagaan makanan pemanis mulut yang diusahakan mendapat sambutan dan tempahan yang banyak.

Ada perkara terjadi yang membuatkan saya terasa macam putus asa.

HAFREEZ ADAM

PELAKON

Hafreez turut menceritakan pengalaman pernah tertinggal dompet di timbunan beras di sebuah pasar raya, namun ditemukan semula di tempat yang sama.

"Saya saja-saja buat puding, sebab ada dapat tempahan istimewa. Sepatutnya ada banyak baki jadi saya ingat selebihnya saya nak letak di kedai untuk buat stok. Tapi Alhamdulillah ada orang lain tempah juga. Bekas besar semua dah habis, tinggal yang kecil sahaja.

"Jadual saya kebetulan memang tak penuh. Lepas Maghrib, saya baca Al-Waqiah, lepas tu saya pergi kedai beli barang nak buat puding. Tapi disebabkan leka bercakap di telefon, saya tertinggal dompet di atas timbunan beras. Wang tunai, kad, semua dalam tu.

"Masa saya nak bayar, saya guna e-dompet sebab ingatkan tertinggal dompet dalam kereta tapi bila cari dalam kereta tak jumpa-jumpa. Lepas tu saya teringat yang saya tertinggal dompet di timbunan beras tu.



Hafreez percaya rezeki datang mencurah selepas membaca surah Al-Waqiah.

"Saya berlari masuk ke kedai... masa tu syak dompet dah hilang sebab ramai orang dalam pasar raya tu. Apa yang buat saya terkejut, dompet saya masih di situ, tak ada orang sentuh pun," ujarnya.

Finalis Hero Remaja 2011/12 ini sempat berkongsi bentuk rezeki yang kebanyakan umat Islam terlepas pandang terutamanya kesihatan dan rakan-rakan yang baik.

Hafreez turut menasihati orang ramai supaya sentiasa menghargai perkara-perkara baik yang terjadi dalam hidup.

"Point saya sebenarnya pasal amalan solat Dhuha dan surah Al-Waqiah. Walaupun dompet tertinggal, ia masih ada di situ dengan segala isinya tanpa berusik, maknanya itu memang rezeki saya.

"Belajar untuk menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup. InsyaAllah kita akan sentiasa rasa cukup," jelasnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain