suria

Nora Ariffin kini bergelar nenek, timang cucu sulung - “Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat”

Tahniah! Nora kini bergelar nenek.

PENYANYI Nora Ariffin kini bergelar nenek selepas anak sulungnya Syakir Iman menimang cahaya mata pertama pada Rabu.

Nora, 46, menerusi laman sosial Instagramnya meluahkan rasa syukur atas kurniaan amat berharga itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hari ini saya dan arwah Johan dapat menantu” - Nora Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN: “Rindu tak terkata... dia tak pernah mati” - Nora Ariffin

"Subhanallah... MasyaAllah... Alhamdulillah... Segala puji hanya bagi Allah.

"Saya sangat gembira dan bersyukur diatas kurniaan ini. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Hari ini 26 Ogos hari bersejarah," tulisnya.



Nora menyambut kelahiran cucu pertama bersama anaknya Syakir dan besannya.

Nora turut memberitahu menantunya Eilya Sofea dan bayi lelaki yang diberi nama Ayden Johan itu berada dalam keadaan baik.

Malah, dia juga berkata, kelahiran itu pasti menjadi berita gembira kepada suaminya Johan Nawawi jika Allahyarham masih hidup.

"Pa....kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat,"

"Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman. Sama macam kita sambut Iman dulu,"ujarnya.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini juga mengucapkan tahniah kepada keluarga menantunya dan berharap bayi berkenaan dapat menambah kebahagiaan dalam keluarga mereka.



Nora harap cucu ikut jejak langkah arwah suami Johan Nawawi.

"Tahniah kepada anak dan menantu saya, sesungguhnya anak itu anugerah dan amanah dari Allah"

"Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami"

"Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat" ujarnya.

Sementara itu, Nora juga mendoakan cucunya itu bakal menjadi anak yang baik dan soleh seperti Allahyarham suaminya.

Untuk rekod, Mohd Syakir Iman, 27, berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain