PERKONGSIAN penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera yang ingin menjual semua pakaian lamanya di Instagram mengundang rasa kurang senang seorang netizen. Pengguna laman sosial itu berkata, Shiera tidak sepatutnya menjual pakaian yang sudah terpakai itu, sebaliknya hanya memberi sahaja pakaian itu kepada golongan tidak berkemampuan. ARTIKEL BERKAITAN: Shiera dihentam sebab kongsi video pasukan perubatan luar negara pakai sut canggih - “Kita ni tanya saja... tapi semua tak kena!” "Sedekah sajalah. Dah tak ada duit sangat ke nak jual bagai, kita yang kais pagi makan pagi pun tak terfikir nak jual baju yang dah pakai," tulis individu itu di ruang komen perkongsian tersebut. Salah sebab kami sedih kasar bunyinya. Lepas itu tak follow kita SHARIFAH SHAHIRAH PENYAMPAI RADIO SURIA FM Komen yang ditinggalkan individu tersebut turut mengundang kecaman netizen lain yang berpendapat pelakon berusia 45 tahun itu berhak untuk berbuat apa sahaja dengan pakaiannya. Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini mengakui dia berasa sedih dengan komen individu tersebut yang dianggap keterlaluan. "Eh Jangan kecilkan hati orang dengan cakap kasar macam tu, baik sangat kamu ni sampai lupa baik orang, nampak jahat orang saja ya. Pergilah IG lain mengata lagi. Go! "Salah sebab kami sedih kasar bunyinya. Lepas itu tak follow kita. Tak siasat itu baju siapa, duit pergi mana, inilah fitnah," balas Shiera. Shiera memuat naik paparan skrin komen individu tersebut. Dalam pada itu, Shiera turut memuat naik paparan skrin komen tersebut dan memberitahu dia berasa kecil hati dan terkilan dengan kenyataan individu tersebut. "Lama tak ada kes, ada balik parasite dalam IG aku. Kadang-kadang bila cakap depan-depan menyakitkan hati. Ya dia orang baik, orang bersedekah tapi suka kecilkan hati kita. "Dia mengata kita. Menangis, sedih, IG dia baik sangat tapi cakap pedih. Dia tak follow kita," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!