suria

“Bergurau biar bertempat! Kita manusia ada perasaan” - MK K-Clique kesal netizen tak henti-henti kecam Nabila Razali

MK tampil mempertahankan video muzik Peluang Kedua yang dikecam segelintir netizen,

MESKIPUN sudah meraih lebih 6 juta tontonan dalam masa seminggu di saluran YouTube namun video muzik lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dengan penyanyi rap MK K-Clique masih menerima komen dan kritikan negatif.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, meluahkan rasa kesal terhadap perangai sesetengah netizen yang suka meninggalkan sesuatu komen tanpa memikirkan perasaan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali akui MK jadi ‘pelaris’ MV Peluang Kedua, cecah 1 juta tontonan sehari - “Saya percaya dia jadi faktor orang tonton berulang kali”

Menurut MK, seseorang itu mempunyai hak untuk menegur atau menyuarakan pendapat namun tidak perlu meninggalkan komen yang kasar sehingga boleh menggores hati orang.



MK memuat naik kenyataan tersebut di Instagram.

"Assalammulaikum, selamat pagi. Hari ini aku bangun dengan perasaan yang kecewa dan kesal dengan sesetengah perangai manusia yang suka melontarkan komen yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain.

"Kalau tiada benda baik nak cakap, diam. Kalau ada teguran, hadap terus ke tuan badan. Kalau ada pendapat, lontarkan. Bergurau? Biar bertempat. Kita semua manusia, semua ada perasaan.

"Kalau aku yang kena, aku mungkin okay, memang okay tapi tolong fikir orang lain. Peace, love," kata MK.

Spread love, not hate (sebarkan kasih sayang, bukan kebencian).

NABILA RAZALI

PENYANYI

Anggota kumpulan rap terkenal K-Clique itu meluahkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada pagi, Khamis dan rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kenyataannya tersebut.

Dalam pada itu, Nabila Razali turut meninggalkan komen dengan berharap agar semua orang hanya menyebarkan kasih sayang bukannya kebencian.

"Spread love, not hate (sebarkan kasih sayang, bukan kebencian)," tulis Nabila Razali di ruang komen perkongsian tersebut.



Komen negatif seorang netizen terhadap video muzik Peluang Kedua.

Sebelum ini, video muzik Peluang Kedua berjaya meraih mendapat sambutan hebat pendengar dan meraih jumlah tontonan 1 juta dalam masa sehari selepas dimuat naik di YouTube pada 18 Ogos lalu.

Bagaimanapun, video klip yang menampilkan MK K-Clique itu menerima kecaman segelintir netizen yang kurang senang sehingga menganggap jumlah tontonan tinggi itu menjadi kayu ukur akan kualiti lagu seperti 'sampah'.

Malah pada Rabu, nama Nabila Razali menjadi trending di Twitter gara-gara komen-komen negatif netizen yang mempertikaikan kemampuannya sebagai penyanyi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain