suria

Ibu bapa hilang pekerjaan ketika pandemik Covid-19, Alvin Chong tak nak fikir fasal cinta - “Saya tak nak bazirkan masa dan duit”

Alvin Chong tidak mahu memikirkan soal perkahwinan buat masa ini.

PELAKON dan penyanyi Alvin Chong mengakui masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta mahupun mengambil langkah berani dengan mendirikan rumah tangga.

Alvin, 29, berkata, dia tidak yakin dapat memberikan komitmen dari segi kewangan terutama ketika wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Amerika Syarikat, Alvin Chong sedia kuarantin diri - “Cuma risau di rumah tiada barang keperluan”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada siapa boleh ganti tempat Emma dalam hati saya” - Alvin Chong

"Buat masa sekarang, saya tak bersedia nak bercinta sebab tak ada siapa jangka yang pandemik ini akan jadi dan menyebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

"Saya baru saja beli rumah dua tahun lepas. Sekarang ni tengah risau samada saya masih boleh support pinjaman perumahan atau tidak," katanya kepada mStar.

Kalau tak jumpa orang yang sesuai saya tak nak bazirkan masa dan duit.

ALVIN CHONG

PENYANYI DAN PELAKON

Alvin ditemui pada sidang media Sayangku Salmah yang merupakan single terbaharu penyanyi itu di Highpark Suites Experience Gallery, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon drama Awak Suka Saya Tak ini turut mengakui pendamik memberikan kesan kepada ahli keluarganya yang kehilangan pekerjaan.

Alvin berkata, dia dan seorang adiknya yang bertanggungjawab untuk menanggung perbelanjaan keluarganya ketika ini.

"Keluarga saya sekarang tak ada kerja. Ibu saya merupakan seorang pelayan di sebuah pub dan ayah saya bekerja sebagai penjaja... disebabkan PKP dia terpaksa tutup kedai sampai sekarang.

"Adik bongsu pun tak ada kerja sekarang ni. Jadi yang tanggung keluarga adalah saya dan seorang lagi adik," ujarnya.



Alvin Chong akui perkahwinan merupakan perkara penting.

Bercerita tentang alasannya enggan berumah tangga dalam masa terdekat, Alvin juga berkata, perceraian yang sering berlaku kepada orang sekelilingnya juga membuatkan dia takut untuk memikirkan tentang perkahwinan.

"Sekarang ni kalau tanya saya jika saya bersedia untuk bercinta dan melangkah ke fasa seterusnya, jawapan saya tak sebab saya tak tahu jika mental saya cukup kuat untuk berhadapan dengan keadaan semasa kalau-kalau ada gelombang kedua atau virus baru yang tersebar.

"Sekarang ni ramai yang bercerai, jadi saya nampak yang ianya sangat mudah untuk sesebuah perkahwinan itu berakhir. Kalau tak jumpa orang yang sesuai saya tak nak bazirkan masa dan duit sebab perkahwinan tu akan habiskan duit yang banyak," jelasnya.

Video muzik rasmi Sayangku Salmah bakal dilancarkan pada 28 Ogos di saluran YouTube AlvinChongVEVO.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alvin Chong, artis bercinta

Artikel Lain