suria

Sandra Dianne kritikal dalam ICU, masih tak sedarkan diri - “Dia sendiri pandu kereta ditemani sepupu”

Sama-sama mendoakan keadaan Sandra yang masih tidak sedarkan diri.

HINGGA kini penyanyi dan peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu masih dalam keadaan krtikal dan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun maklumat terpeinci mengenai situasi Sandra masih tidak dapat dipastikan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music iaitu Bella.

ARTIKEL BERKAITAN: Sandra terlibat kemalangan jalan raya, terima rawatan di wad kecemasan - “Belum ada apa-apa keputusan daripada doktor”

Katanya buat masa ini hanya ibu penyanyi itu sahaja dibenarkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

"Keadaan Sandra masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Dia masih dirawat di ICU sejak semalam (Sabtu). Sehingga kini, kami belum dapat maklumat sepenuhnya daripada doktor.



Keadaan di bahagian hadapan kereta yang dipandu Sandra.

"Sebab hanya ibu Sandra sahaja dibenarkan masuk ke bilik ICU. Pihak kami nak cakap lebih lanjut pun tak berani sebab takut salah beri info. Harap semua orang dapat doakan Sandra," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Sabtu, Sandra dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.

Difahamkan ketika itu Sandra yang ditemani sepupunya dalam perjalanan ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dalam pada itu, Bella memberitahu sepupu Sandra yang turut terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama.



Tiada maklumat lanjut mengenai keadaan Sandra sehingga kini.

"Ketika insiden itu berlaku, Sandra bersama sepupunya nak ke sesi latihan konsert mingguan Big Stage. Sandra yang memandu kereta ditemani sepupunya.

"Sepupu Sandra hanya mengalami kecederaan di tangan dan masih dirawat di hospital yang sama," ujarnya.

Sandra antara salah seorang peserta yang akan membuat persembahan di pentas Big Stage 2020 minggu keempat yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Selain Sandra, peserta lain yang turut layak ke minggu seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Yamani Abdillah, Qody Rani, Fadh Majid dan Nana Sheme.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra untuk minggu ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain