suria

Asyik memancing, Dayana Roza tak perasan mata kail 'makan' kaki - “Mula-mula nak cabut sendiri tapi tak boleh sebab dah masuk dalam kulit”

Doktor berjaya mengeluarkan mata kail yang tersangkut di kaki kiri Dayana.

MALANG tidak berbau. Itulah nasib yang menimpa pelakon Dayana Roza apabila mata kail tersangkut pada kaki kirinya ketika sedang memancing bersama tunang, A'dale Adham Ayahudin dan rakan-rakan di Port Dickson, Negeri Sembilan pada petang, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat orang susah, Dayana Roza ambil risiko hulur bantuan - “Hati saya senipis sehelai tisu”

Menurut Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, pada mulanya dia mahu mengeluarkan mata kail tersebut dengan sendiri namun usahanya gagal dan terpaksa dibawa ke klinik berhampiran.



Dayana melakukan aktiviti memancing bersama tunang dan rakan-rakannya di PD.

"Kemalangan kecil saja dan saya sendiri pun tak perasan bila masa mata kail ini tersangkut pada kaki. Masa itu saya sedang memancing dengan tunang dan beberapa orang rakan di PD.

"Saya tarik joran ingatkan dapat ikan tapi tiba-tiba satu mata kail hilang dan rupa-rupanya dah melekat kat kaki saya. Mula-mula itu saya cuba nak cabut sendiri tapi tak boleh sebab mata kail dah masuk separuh dalam kulit.

"Kalau saya paksa juga cabut itu nanti boleh terkoyak kulit dan tisu kaki saya. Jadi, tunang saya terus bawa ke klinik berdekatan dan Alhamdulillah, doktor berjaya keluarkan mata kail itu," katanya kepada mStar.

Masa kena pun, saya tak panik sebab saya sejenis tak takut darah dan jarum.

DAYANA ROZA

PELAKON

Sebelum ini, pelakon filem Minahmotor itu ada berkongsi beberapa foto di Instastory miliknya yang memperlihatkan mata kail terlekat di kakinya.

Dalam pada itu, Dayana memberitahu dia mengikut jejak langkah bapanya yang gemar memancing sejak kecil malah turut mempunyai koleksi joran di rumah.

Kata Dayana, insiden yang menimpa dirinya itu hanya kecil sahaja memandangkan tunangnya pernah melalui pengalaman yang lagi ngeri apabila terpaksa menjalani pembedahan membuang tiga mata kail besar yang tersangkut pada kaki.



Dayana gemar memancing sejak kecil.

"Dari kecil lagi saya suka pergi memancing dan dekat rumah pun ada banyak rod (joran) tergantung di dinding. Saya ikut hobi bapa saya suka memacing.

"Lagipun, tunang saya sendiri pun pernah mengalami kemalangan yang sama tapi lagi ngeri sampai kena lakukan pembedahan sebab ada tiga mata kail yang besar tersangkut pada kakinya.

"Kiranya, saya punya kecederaan ini biasa saja. Masa kena pun, saya tak panik sebab saya sejenis tak takut darah dan jarum. Minggu depan saya akan pergi ke PD lagi untuk memancing," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain