PEMINAT Siti Sarah, Syamel, Ara Johari, Azlan & The Typewriter, Ezad Lazim dan Aina Abdul berpeluang memenangi sebahagian wang tunai RM10,000 dan berduet dengan artis kegemaran anda di pentas final Suria Duo X pada 9 Oktober ini.
Mereka hanya perlu menyanyika semula atau 'cover' dan rekod salah satu lagu Suria Duo X yang tersenarai di laman web suria.my.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Suria Duo X' tampilkan gandingan artis baharu dan lama
Kemudian, mereka perlu memuat naik video tersebut di akaun Instagram dengan meletakkan tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan di ruangan kapsyen.
Nama kumpulan akan dipaparkan ketika persembahan mingguan.
Cara untuk memenangi peraduan Suria Duo X.
Sementara itu, minggu pertama Suria Duo X yang berlangsung Jumaat lepas menyaksikan gabungan penyanyi hebat Syamel dan Siti Sarah berduet membawakan lagu Romancinta.
Suria Duo X merupakan sebuah program digital yang menggabungkan penyanyi lama dan baharu seperti Aina Abdul, Ezad Lazim, Ara Johari, Azlan & The Typewriter di atas satu pentas dengan menyanyikan lagu popular pasangan masing-masing dan lagu duet yang diubah gubahan muziknya.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!